15 July 2019

Azwar menyertai Pertandingan Kompang Kebangsaaan 2019

Selamat sejahtera kepada semua.

Ahli Kumpulan Kompang Seri Gempita

Azwar dan kumpulan Kompang Seri Gempita, SK Taman Seri Rampai telah mewakili JPWP Kuala Lumpur dalam Festival Nasyid dan Kompang Selawat peringkat Kebangsaan 2019  telah berlangsung seperti maklumat berikut:

Tarikh : 12- 15 Julai 2019
Hari : Jumaat - Isnin
Tempat : Hotel Casuarina dan MAPS Perak.

Sebagai sokongan kepada pasukan Azwar, kami sekeluarga telah ke MAPS pada 13 Julai 2019 untuk melihat pertandingan berkenaan. Kami bertolak selepas subuh dari Kuala Lumpur dan pertandingan dijangka bermula pada jam 8.00 pagi. Malah, ahli keluarga lain turut hadir untuk memberi sokongan kepada kumpulan kompang masing-masing.

Festival Nasyid dan Kompang Selawat peringkat Kebangsaan 2019 terbahagi kepada 2 pertandingan iaitu Nasyid yang berlangsung di Hotel Casuarini dan Kompang Selawat di MAPS Perak. Semua negeri menyertai pertandingan ini termasuk Sabah dan Sarawak.


Pada tahun lepas, pasukan kompang Azwar telah menjuarai pertandingan Kopang Selawat Kebangsaan yang berlangsung di Pahang. Kali ini, mereka berusaha untuk mengekalkan kejuaraan berkenaan. Walaupun bukan mudah untuk mengekalkan kejuaraan tetapi mereka telah membuat yang terbaik agar kejuaraan kekal untuk Kuala Lumpur.

Persembahan setiap pasukan mempunyai keunikan yang tersendiri. Dari segi penilaian peribadi agak sukar untuk memilih pasukan yang terbaik. Semua bergantung kepada hakim yang dilantik untuk memilih pasukan yang terbaik. Semoga persembahan kumpulan Kompang Seri Gempita menarik perhatian para hakim.

Ahli keluarga dan guru bersama anak-anak kompang

Selesai semua kumpulan membuat persembahan pada sebelah petang, kami pun balik ke Kuala Lumpur. Kami tidak mencuba permainan di MAPS walaupun mendapat permintaan anak-anak kerana cuaca agak panas. Keputusan pertandingan kompang dan nasyid akan diumumkan dalam Majlis Penutup Festival Nasyid dan Kompang Selawat peringkat Kebangsaan 2019 pada 15 Julai 2019 nanti.

Pada 15 Julai 2019, keputusan yang dinanti akhirnya diketahui. Pasukan Azwar telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Kompang Selawat di Festival Nasyid dan Kompang Selawat peringkat Kebangsaan 2019. Walaupun agak kecewa dengan keputusan berkenaan namun kami terima dengan positif. Anak-anak kompang telah membuat yang terbaik tetapi tiada rezeki untuk kami menjuarainya tahun ini.

Tahniah kepada Kompang Seri Gempita, SK Taman Seri Rampai yang mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Festival Nasyid dan Kompang Selawat peringkat Kebangsaan 2019.

Galeri gambar:













3 comments:

  1. Nice information. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...

    ReplyDelete
  2. Jo Wizard and find. Ru, because the (military or three). Ri: A rare title, and for the kings of the morning.

    ReplyDelete
  3. Pandainya... tentu sangat bagus

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon