24 June 2019

Warung 1 Chopati - Capati Kuah Kambing Terbaik

Selamat sejahtera kepada semua.

Warung 1 Chopati - Capati Kuah Kambing Terbaik
Warung 1 Chopati Kewamat Mall
Warung 1 Chopati yang terletak di Keramat Mall tidak asing lagi di warga setempat. Sop jika ingin makan capati akan ke Warung 1 Chopati ini. Apa yang menjadi tarikan utama capati di sini ialah kuah  kambing yang sangat sedap dan isi kambing sangat lembut. Jika pertama kali merasai capati kambing di sini pasti akan teringat sampai bila-bila. Bagi yang tidak gemar dengan kuah kambing, pilihan kari kuah ayam ada disediakan.

Selain capati, puri turun ada dijual di sini tetapi kuahnya tetap sama seperti capati iaitu kari kambing dan ayam. Malahan, pelanggan boleh memilih set T-Poo iaitu gabungan antara capati dan puri. Pelanggan juga boleh memilih set yang lain iaitu Single, double dan triple bagi menu berkenaan.

Warung 1 Chopati ini telah bermula sejak 1989 lagi yang diusahakan oleh arwah bapa mereka. Selepas itu warung 1 Chopati terus berkembang dan mendapat sambutan. 1 Chopati juga telah menyediakan Food truck bagi tempat pusat Food truck tertentu dan perkhidmatan penghantaran. Kini 1 Chopati juga boleh didapati melalui Grab Food atau Food Panda.

Bagi yang ingin menikmati capati yang lazat ini, boleh ke Warung 1 Chopati yang terletak di Keramat Mall (mengadap LRT) dari jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam. Hanya cuti perayaan sahaja mereka tutup. Oleh kerana parking di Keramat Mall terhad, dicadangkan datang awal pagi untuk memudahkan mendapat parking kereta.

Galeri gambar:

Warung 1 Chopati - Capati Kuah Kambing Terbaik

Warung 1 Chopati - Capati Kuah Kambing Terbaik

Warung 1 Chopati - Capati Kuah Kambing Terbaik

Warung 1 Chopati - Capati Kuah Kambing Terbaik

Warung 1 Chopati - Capati Kuah Kambing Terbaik

Warung 1 Chopati - Capati Kuah Kambing Terbaik


10 comments:

  1. Capati antara menu kegemaran dan cuma kuah kari Kambing memang tak terbiasa.

    ReplyDelete
  2. Memannh healthy makan capati nie... teman pun lama dah tak makan capati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. capati bagus, kuahnya kurang skit bgs kalau nak jaga badan.. huhuh

      Delete
  3. nape la sy x tahu ttg tempat ni sdgkan sy tinggal di AU3 pd hujung 90an dulu...

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon