Mencuba fotografi lukisan cahaya
Antara hasil yang berjaya dirakam |
Light painting photography atau Bahasa Malaysianya fotografi lukisan cahaya merupakan antara menjadi kegemaran ramai jurugambar. Teknik lukisan cahaya ini memberi peluang kepada jurugambar menjadi lebih kreatif dan mendapatkan hasil yang menarik.
Namun begitu, tidak selalu kita melihat penggemar bidang fotografi berkongsi gambar lukisan cahaya. Ini kerana untuk menjalankan lukisan cahaya kita memerlukan lebih peralatan fotografi antaranya seperti berikut:
- tripod
- remote kamera
- tempat gelap
- lampu/ touch light
Selain dari peralatan, sedikit setting perlu diketahui sebelum membuat foto lukisan cahaya ini seperti shutter speed, iso dan sebagainya.
Remote Canon third party |
Sebelum Aidilfitri baru ini, Sop sempat beli remote DSLR melalui Lazada. Remote Wireless yang murah keluaran China bertujuan untuk wefie Hari Raya nanti. Walaupun murah ia berfungsi dengan baik dan tidak mengecewakan.
Jika tiada remote, masih boleh untuk merakam lukisan cahaya tetapi kawalan agak terhad yang mana perlu menggunakan menu timer tetapi tiada kawalan masa shutter speed sepenuhnya. Boleh juga menggunakan mode Buld tetapi perlu ada yang tekan tombol shutter dan ada risiko kamera bergerak jika tidak berhati-hati.
Pada malam Aidilfitri baru ini selepas ambil gambar anak-anak bermain bunga api, Sop pun mulakan projek lukisan cahaya ini. Percubaan pada mulanya ialah untuk membuat bola cahaya tetapi kurang berhasil kerana penggunaan lampu suluh kurang sesuai. Ia perlu lampu bulat dan mempunyai cahaya yang lebih besar. Teknik memusing lampu juga perlu selaras agar hasil bola cahaya menjadi sekata dan cantik. Untuk projek kali pertama, Sop kira berpuas hati juga hasil yang diperolehi. Banyak yang boleh belajar daripada percubaan tersebut.
Hasil bola cahaya yang dihasilkan |
Rumusannya Sop berpuas hati dengan percubaan ini dan boleh lagi dipertingkatkan hasil supaya lebih menarik. Sop juga perlu tambah baik peralatan seperti lampu supaya pelbagai dan sesuai dengan hasil yang cuba untuk diperolehi.
Galeri gambar:
Wah first time mama dgr Ni.. cantik la kreatif
ReplyDeleteboleh la try2 nanti. huhuhu
DeleteGuna dawai penyetal periuk yang dinyalakann boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
ReplyDeletepernah buat juga guna steel wool tu
Deletemmg menarik juga
luar biasa nih bro.. terbaik ahh..
ReplyDeletebelum capai sasaran
Deletekena terus mencuba :)
I'm impressed, I must say. Very rarely do I come across a blog thats both informative and entertaining, and let me tell you, you ve hit the nail on the head. Your blog is important.. Find out who was born on any day in any month in history via our calendar of famous birthdays. Includes famous, historical, noteworthy and Celebrity birthdays.
ReplyDelete