Diari Aidilfitri 2019
Baca Juga
Selamat sejahtera kepada semua.
Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk bertemu lagi Aidilfitri tahun ini. Sedikit coretan Aidilfitri keluarga Sop untuk dikongsi dan tatapan masa hadapan.
|
Mak dan ayah sedang membungkus ketupat palas |
Pada tahun ini, lagi sekali Hari Raya Aidilfitri disambut bermula di kampung Sop iaitu Kuala Terengganu. Kami telah pulang ke kampung pada hari Ahad dan sempat berbuka puasa selama hari 3 hari kerana raya pada hari Rabu. Sempat juga kami ke bazar Ramadan Kuala Ibai untuk beli juadah berbuka puasa.
|
Ecah dengan bunga api |
|
Auni buat bulatan bunga api |
Seperti biasa anak-anak akan bermain bunga api pada malamnya. Tidak banyak bunga api yang dibeli tetapi cukup untuk merasai kehangatan hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pada malam raya, anak-anak sibuk bermain bunga api, dan kami sibuk dengan berkemas rumah. Balang kuih mula diisi, cawan mula disusun dan rumah dikemas sikit-sikit. Mak pula mula membuat persediaan untuk masakan di pagi raya nanti. Suasana hendak menyambut Hari Raya makin terasa pada malamnya.
|
Sesi foto raya bersama keluarga |
|
Beraya bersama keluarga |
Pada pagi Hari Raya Aidilfitri, kami mula bersarapan dan kemudian semua ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri dan ini merupakan pengalaman pertama Ecah ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Selesai solat, kami singgah beraya rumah abang Sop yang hampir dengan masjid. Selesai sahaja kami kembali ke rumah untuk beraya bersama keluarga.
|
Antara sanak saudara yang hadir |
|
Sesi bergambar bersama |
Seperti biasa, sanak saudara akan ramai datang ke rumah dan menjadi rutin Sop untuk menyediakan air minuman. Sempat juga kami bergambar beramai-ramai bersama sepupu-sepupu yang hadir beraya.
Pada jam 2.30 petang kami telah balik ke Kuala Lumpur kerana esoknya kami akan beraya bersama keluarga Mrs Sop pula. Perjalanan pada petang Aidilfitri sangat lancar kerana tidak banyak kenderaan di lebuhraya.
Selamat Hari Raya Sop sekeluarga..Maaf Zahir Batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya PC
DeleteSelamat hari raya Aidil Fitri serta maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSedondon biru meriah dan happening rayanya
terima kasih Mrs A
DeleteWah hebat Lah bulatan bunga api tu
ReplyDeletehahaha
Deletebiase2 aje