29 June 2019

Azwar menyertai Pertandingan Roket Air Karnival STEM

Selamat sejahtera kepada semua.

Azwar menyertai Pertandingan Roket Air Karnival STEM

Baru-baru ini telah berlangsung Karnival STEM Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 Jun 2019 bertempat di SMK Seri Bintang Selatan. Azwar telah terpilih mewakili sekolah untuk acara Roket Air dan Payung Terjun.

Acara yang dipertandingan pada Karnival STEM berkenaan adalah seperti berikut:

  • Roket Air
  • Kapal Terbang RC 
  • Reka cipta dan Inovasi STEM
  • Video Projek Digital STEM
  • Saintis Muda
  • Bercerita STEM

Seminggu sebelum pertandingan, Azwar memaklumkan bahawa beliau telah terpilih untuk mewakili sekolah untuk pertandingan Roket Air dan Payung Terjun. Ini merupakan pengalaman pertama buat Azwar menyertai pertandingan seperti ini. Kami perlu menyediakan beberapa bahan dan peralatan untuk pertandingan berkenaan dan selainnya disediakan oleh guru. Dengan bersumberkan Mr Google kami rujuk maklumat mengenai cara-cara membuat roket berkenaan sebagai persediaan. Latihan seterusnya diadakan di sekolah dan cikgu akan melatih sepenuhnya.

Dengan persediaan dalam masa seminggu, tidak banyak yang kami harapkan dan pengalaman menyertai pertandingan seperti ini sudah memadai. Sijil-sijil penyertaan peringkat negeri juga dapat membantu untuk mendapat markah dalam penilaian PBS.

Azwar menyertai Pertandingan Roket Air Karnival STEM

Namun begitu, kami menerima berita yang mengejutkan yang mana kumpukan Azwar telah menjadi johan untuk Acara Roket Air. Kami tidak menyangka kumpulan Azwar boleh menang berdasarkan persiapan dalam tempoh yang singkat dan pengalaman yang pertama. Alhamdulillah pencapaian yang cukup Azwar dan sekolah. Ini boleh memberi dorongan yang lebih tinggi untuk Azwar mencapai cita-cita sebagai jurutera apabila besar nanti.

Galeri gambar:
Azwar menyertai Pertandingan Roket Air Karnival STEM

Azwar menyertai Pertandingan Roket Air Karnival STEM

Azwar menyertai Pertandingan Roket Air Karnival STEM

Azwar menyertai Pertandingan Roket Air Karnival STEM

6 comments:

  1. Wah tahniah kumpukan Azwar mmg hebat laa

    ReplyDelete
  2. Thanks for Nice and Informative Post. This article is really contains lot more information about this Topic. 192.168.l.254 is a private IP address to login to your Router Admin Control Panel. Visit 192.168.1.254, logging in, now you can setup your Router such as: Security Options, DNS and much more.

    ReplyDelete
  3. Thank you very much for this useful article. I like it.192.168.1.254

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon