11 June 2019

Aidilfitri 2019 di Cameron Highlands

Selamat sejahtera kepada semua.

Di Ladang Teh Boh
Sejak beberapa tahun ini, mula menjadi 'trend' keluarga Mrs Sop beraya di Cameron Highlands. Ia bermula dengan beraya di rumah Opah Mrs Sop Malim Nawar, Perak dan kemudian akan ke Cameron Highlands. Semua ahli keluarga Mrs Sop akan ke Cameron Highlands dan menginap 2 malam. Ia lebih kepada percutian raya bersama ahli keluarga. Tidak kisah beraya dimana-mana tetapi yang penting bersama keluarga.

Aidilfitri tahun ini kami mulanya beraya di Kuala Terengganu. Pada petang Aidilfitri kami telah kembali ke Kuala Lumpur dan bermalam di rumah. Pada hari Raya Kedua, kami memulakan perjalanan ke Perak dan Cameron Highlands. Perjalanan hari kedua sangat lancar pada awal pagi. Lebuhraya banyak kenderaan tetapi belum lagi sesak.

Kami tiba di Cameron Highlands pada jam 12.00 tengah hari dan aktiviti pertama kami ialah melawat Ladang Teh Boh. Agak lama kami tidak singgah dan kali terakhir kalau tidak silap ketika Ecah masih kecil baru beberapa bulan. Kami kurang gemak ke Ladang Teh Boh kerana jalan sangat sembit di lereng bukit. Agak seram untuk sampai ke pusat Ladang Teh Boh.

Minum di Cafe Boh
Walaupun hari Raya Kedua, ramai juga orang mengujungi Ladang Teh Boh terutama pengunjung termasuk orang Melayu. Ketika kami sampai hujan mula turun dan makin lebat ketika kami sampai di Pusat Ladang Teh Boh. Kami sempat minum-minum di Cafe Teh Boh sambil menantikan hujan berhenti.

Selesai melawat Ladang Teh Boh, kami terus ke tempat penginapan kami iaitu di Golden Hills, Brinchang, Cameron Highlands. Ini merupakan kali ketiga kami menginap di situ. Tumpuan utama kami menginap di Golden Hills ialah Pasar Malam Brinchang. Untuk ke pasar malam, kami hanya perlu turun apartment sahaja.

Pada hari kedua di Cameron Highland, kami telah Ladang Lebah Cameron Highlands. Walaupun tidak banyak lebah di situ namun menarik juga untuk mengambil gambar. Selesai singgah di Ladang Lebah, kami singgah pula ke Cactus Valley untuk beli sedikit kaktus untuk hiasan rumah. Selesai melawat, kami terus kembali ke penginapan.

Di Cactus Valley
Di Ladang Lebah Cameron Highlands
Pada sebelah petangnya kami hanya berehat di apartment dan turun ke Pasar Malam Brinchang untuk membeli juadah makan malam. Pada malamnya, kami hanya berehat di apartment sambil makan-makan bersama keluarga.

Pada hari ketiga, kami mula bersiap-siap dan pada jam 9.00 pagi kami semua bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Perjalan turun juga masih lancar kerana awal pagi. Ketika di Lebuhraya terdapat beberapa kawasan yang lalulintas perlahan namun tidak terlalu panjang. Pada jam 2.00 petang, kami selamat sampai ke rumah.

Itu sahaja perkongsian Aidilfitri tahun ini di Cameron Highlands. Adakah tahun depan masih akan beraya di Cameron Highlands?

 Galeri gambar:
Foto keluarga dalam apartment
Di bawah apartment Golden Hills


Ladang Lebah Cameron Highlands

Ladang Teh Boh Sungai Palas

Taman Ladang Lebah Cameron Highlands

Ladang Teh Boh Sungai Palas

7 comments:

  1. nampak gayanya kena ikut style Sop beraya sambil bercuti la pd thn dpn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga abam kie
      boleh lari dari sesak kampung.. hahaha

      Delete
  2. Wah Beraya di Cameron highland mmg syok.. cantik la gambar di ladang teh tu

    ReplyDelete
  3. This article gives the light in which we can observe the reality. This is very nice one and gives in-depth information. Thanks for this nice article. Edit and browse Instagram stories, profiles, followers, posts and tags online in Picuki .

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon