Pengalaman pertama Azfar ke gym
Selamat sejahtera kepada semua.
Azfar pertama kali ke gym |
Pengalaman pertama Sop ke gym ialah ketika zaman belajar dulu. Memang teruja untuk ke gym kerana membayangkan bila ke gym boleh bina badan dan menjadi sado. Malah, setiap remaja terbayang untuk ke gym bagi membina badan.
Ketika itu Sop belajar di UKM dan agak teruja apabila mendapati ada gym yang disediakan untuk pelajar. Pertama kali masuk sangat teruja dengan peralatan gym dan hampir semua peralatan dicuba. Setelah setengah jam, badan mula berpeluh tetiba pening. Sop keluar gym terus muntah. Huhuhu
Kesilapan mungkin kerana tiada warming up dan menjalankan aktiviti gym berlebihan untuk kali pertama. Selepas itu, Sop langsung tidak masuk gym lagi di situ. Huhuhu Pengajarannya, perlu dilakukan warming up dan aktiviti perlu secara ansur maju. Tidak mungkin kita masuk gym sekali terus sado. Hahaha
Sekarang Sop kadang-kadang ke gym di rumah untuk bersenam sahaja. Mungkin sebulan sekali atau 2 kali sebulan ikut kepada tahap kerajinan. Untuk sado, perlukan disiplin yang tinggi dan Sop memang tidak mampu untuk ikut jadual berkenaan.
Azfar memang lama hendak ikut ke gym. Mungkin pemikiran dia sama macam Sop zaman remaja yang mana ke gym untuk menjadi sado. Namun begitu, peraturan gym tidak membenarkan kanak-kanak ke gym untuk keselamatan.
Muka teruja ke gym |
Oleh kerana Azfar sekarang telah 13 tahu, Sop tiada masalah untuk membawa Azfar ke gym. Pengalaman pertama pasti mengujakan buat Azfar. Walaupun masih 'blur' dengan peralatan dan suasana gym tetapi kelihatan perasaan teruja tersebut.
Azfar masih kekok menggunakan peralatan gym tetapi dicuba kesemuanya. Gym di rumah Sop ada dua bahagian iaitu satu bahagian kecergasan dan yang kedua bahagian kekuatan. Kami mula dengan kecergasan dan kemudian bahagian kekuatan.
Sempat juga Sop berpesan pada Azfar agar tidak terlalu bersenam berlebihan dan perlu mengikut kemampuan kerana tidak mahu berlaku perkara yang sama kepada Sop masa mula-mula menggunakan gym dulu :)
Kelihatan Azfar seronok ke gym dan selepas ini, bolehlah lagi ke gym teman Sop :)
bagus, aktiviti sihat ni
ReplyDeletetq mamaPP
Delete