16 February 2019

Azwar telah memiliki MyKad


Selamat sejahtera kepada semua.

Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendapatkan MyKad anak apabila telah berumur 12 tahun. Cukup sahaja umur 12 tahun mengikut tarikh lahir anak-anak telah boleh ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengisi borang permohonan MyKad. Jika ditanggung-tangguh dikuatiri akan terlupa pula.

Selepas ulang tahun kelahiran Azwar ke 12 tahun, Sop terus membawa Azwar ke Jabatan Pendaftaran Negara UTC Sentul pada hari Sabtu. Sangat mudah apabila kita boleh berurusan pada hari Sabtu yang mana tidak perlu cuti atau keluar waktu pejabat untuk urusan membuat MyKad.

Azwar telah memiliki MyKad
Selesai membuat permohonan MyKad di UTC Sentul

Berikut merupakan syarat-syarat untuk membuat permohonan MyKad:

  1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa; atau Penjaga)
  3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
  5. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

Semasa hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara, pastikan anda membawa bersama dokumen berkenaan:
1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL)
1.1. Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA).
1.2. Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.
2. DOKUMEN PENGANJUR (ASAL)
2.1. Kad Pengenalan Penganjur (Ibu Atau Bapa Atau Penjaga)
2.2. Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
2.3. Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara.
3. DOKUMEN SOKONGAN
3.1 Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan Bil elektrik /bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan/ perjanjian jual beli rumah/ perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu/ Ketua Kampung/ Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan/ Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL ATAU SALINAN YANG DISAHKAN)

Selesai urusan permohonan MyKad, kita akan menerima slip sementara. Biasanya dalam hari yang sama boleh siap MyKad berkenaan.

2 comments:


EmoticonEmoticon