08 January 2019

Selamat mengikuti alam asrama Azfar

Selamat sejahtera kepada semua.

Alam asrama mungkin digeruni oleh anak-anak dan jika diberi pilihan pasti ramai yang akan menolak untuk tinggal di asrama. Bukan mudah untuk terima perubahan daripada kehidupan di rumah bersama keluarga bertukar kehidupan di asrama. Anak-anak perlu berdikari sepenuhnya apabila berada di asrama.

Azfar sendiri tidak begitu berminat untuk tinggal di asrama. Soalan tinggal di asrama telah ditanya sejak awal persekolahan tahun 6 yang mana kami meletakkan sasaran untuk Azfar berusaha dalam UPSR untuk membolehkan dapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Walaupun ada keinginan untuk ke sekolah berprestasi tinggi tetapi Azfar masih takut-takut untuk tinggal di asrama.

Alhamdulillah, permohonan Azfar ke SM Sains Alam Shah berjaya walaupun keputusan UPSR Azfar tidak mendapat 6A. Mungkin ada kelebihan Azfar dalam markah Kokurikulum peringkat Kebangsaan dan penglibatan lain yang membantu permohonan Azfar berjaya untuk ke SM Sains Alam Shah. Selain itu, ujian kemasukkan SBP perlu lulus untuk diterima masuk ke SBP. Dan paling penting ialah doa ibubapa dan anak agar dimakbulkanNya.

Setelah mendapat keputusan berjaya ke SM Sains Alam Shah, maka bermula episod penyediaan peralatan dan keperluan Azfar ke asrama. Banyak juga peralatan dan keperluan perlu disediakan untuk ke asrama. Ini merupakan pengalaman pertama anak masuk asrama dan banyak perkara perlu kami belajar.

Tiba di ASiS untuk pendaftaran
Hari ini, proses pendaftaran ke SM Sains Alam Shah berjalan lancar. Walaupun sekolah masih dalam Kuala Lumpur, kami tetap mengambil cuti untuk menghantar Azfar ke SM Sains Alam Shah kerana percaya proses pendaftaran tahun pertama akan mengambil masa yang lama. Jika sekolah yang ditawarkan jauh dari Kuala Lumpur, pasti kami kena bercuti lebih dari sehari. Pihak sekolah telah menyusun proses pendaftaran sangat baik yang mana proses pendaftaran telah dibuat aliran kerja yang baik. Paling menarik dan sangat membantu proses pendaftaran asrama hari ini ialah bantuan oleh murid tingkatan 3 dan 4.
Proses mengemas almari

Mereka telah ditugaskan oleh guru bagi membantu ibubapa dari mula pendaftaran sehingga selesai. Setiap murid tingkatan 1 yang baru daftar akan dibantu oleh seorang atau 2 orang murid. Mereka akan membantu menunjuk arah dan juga proses yang akan berlangsung. Malah mereka juga memberi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Barang yang akan dibawa masuk ke asrama turut dibantu mengangkatnya. Tahniah dan terima kasih kepada murid-murid berkenaan yang membantu Azfar melicinkan proses pendaftaran. Tugas mereka selesai selepas kami turun ke dewan untuk sesi taklimat oleh Pengetua SMS Alam Shah.

Persembahan caklempong oleh murid ASiS sebelum taklimat Pengetua
Taklimat kepada ibubapa oleh Pengetua bermula jam 11.30 pagi hingga jam 1.00 petang. Banyak maklumat disampaikan terutama berkaitan sekolah dan aktiviti-aktiviti murid.

Selesai taklimat kami keluar untuk makan tengah hari dan kembali semula ke sekolah jam 3.00 petang untuk sambung kemas bilik penginapan. Jam 5.00 petang kami mula beransur dan meninggalkan Azfar di asrama. Daripada saat itu, bermulalah alam persekolahan asrama buat Azfar.

Semoga Azfar boleh mengikuti alam asrama dengan baik dan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Kami sekeluarga percaya dengan kemampuan Azfar boleh berjaya dalam alam persekolahan. Amin

Galeri gambar:







2 comments:

  1. lama xsinggah blog sop..thu azfar dah tgktan 1..gud luck azfar..:)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon