30 January 2019

Happy Birthday Azfar - 13 Tahun

Selamat sejahtera kepada semua.

Azfar berunur 13 tahun
Tahun ini merupakan ulang tahun kelahiran Azfar yang ke 13. Selamat Hari Lahir papa ucapkan dan semoga terus cemerlang di dunia dan akhirat. Sebagai abang sulong, sememangnya menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.

Tahun ini, sambutan hari lahir dibuat di kawasan asrama sekolah kerana pada minggu ini tiada aktiviti Luar Bandar atau pulang bermalam. Kami semua membawa sedikit juadah yang dibeli untuk makan-bersama-sama. Walaupun tiada kek dan nyanyian lagu happy birthday, berkumpul bekerluarga meraikan hari lahir sudah cukup istimewa.

Tiada hadiah yang diberikan kepada Azfar untuk hari lahir. Cukup dengan ingatan dan kasih sayang yang diberikan :)

Selamat Hari Lahir Azfar. Semoga terus membesar menjadi anak kebanggaan keluarga. Amin




4 comments:

  1. Selamat ulangtahun kelahiran Azfar.Terus kekal dalam kebaikkan ya.Moga jadi saham akhirat untuk ibu ayah.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon