10 January 2019

Hadiah kecemerlangan akademik Azwar

Selamat sejahtera kepada semua.

Setiap ibubapa pasti inginkan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Pelbagai teknik akan digunakan untuk mendorong anak-anak untuk cemerlang seperti ganjaran, dendaan, galakkan dan sebagainya. Teknik yang betul dan sesuai kepada anak-anak pasti memberikan hasil yang terbaik.

Lebar sengih setelah mendapat hadiah :)
Untuk Azwar, Sop telah janjikan menerima jam G-Shock yang Sop pakai sekiranya mendapat keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sama seperti Azfar yang menerima juga jam G-Shock apabila berjaya mendapat 8A dalam UPKK. Tawaran dibuat pada awal tahun lagi supaya Azwar bersemangat untuk belajar dan mencapai sasaran 8A bagi mendapat hadiah.

Setelah keputusan UPKK keluar pada bulan Disember lepas, sedikit sasaran tidak tercapai iaitu Azwar mendapat 7A 1B. Oleh kerana perjanjian untuk mendapat jam Sop ialah 8A, Azwar tidak berjaya untuk mendapatkan jam Sop. Azwar redha dengan keputusan berkenaan walaupun sedikit kecewa kerana tidak mendapat 8A.

Pada minggu lepas, Sop membuat keputusan untuk hadiahkan juga Azwar dengan jam G-Shock tetapi model lain. Ini kerana keputusan UPKK Azwar masih cemerlang walaupun tidak mengikut sasaran ditetapkan. Namun begitu, keputusan peperiksaan akhir tahun Azwar di sekolah kebangsaan sangat memberasangsangkan dan cemerlang. Atas sebab itu, Sop hadiakan juga jam kepada Azwar.

Semoga ganjaran yang diberikan ini menjadi pembakar semangat untuk Azwar menghadapi peperiksaan UPSR dan UPSRA tahun ini. Ganjaran turut ditawarkan sekiranya Azwar cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Semoga berjaya Azwar!

3 comments:


EmoticonEmoticon