13 January 2019

Ecah telah bebas lampin

Selamat sejahtera kepada semua.

Saya dah bebas lampin

Latihan tandas merupakan proses pembelajaran anak apabila mula membesar. Proses latihan perlu dijalankan dengan tersusun untuk mendapat hasil yang terbaik.

Setakat ini, latihan tandas untuk anak-anak Sop semua bermula berumur hampir 4 tahun. Apabila umur 4 tahun, semua telah berjaya bebas memakai lampin.

Ecah juga telah diberi latihan tandas bermula akhir bulan Disember yang lepas. Agak lewat juga latihan tandas diberikan kepada Ecah. Pernah beberapa kali cuba untuk pakaikan seluar dalam kepada Ecah tetapi beliau menolak dan berkeras untuk pakai pampers. Ada pernah pakaikan seluar dalam tetapi kami terlupa untuk mengatur waktu ke tandas dan akhirnya basah. Huhuhu

Pada akhir Disember ketika kami pulang ke kampung, lagi sekali Sop cuba untuk lathan tandas. Untuk permulaan untuk waktu siang sahaja dan beberapa kali terbabas walaupun cuba diatur waktu untuk ke tandas. Ada waktu kami berjaya dan ada masa gagal juga. Ecah juga mula 'stress' apabila kami sering bertanya untuk ke tandas dan minta untuk memakai lampin. Dalam masa yang sama kami sering memujuk Ecah untuk memakai seluar dalam dan buang air di tandas sebagai persediaan mental.

Pada awal Januari, kami mulakan lagi percubaan latihan tandas kerana rasa agak lewat perkembangan untuk Ecah. Abang-abang dan kakak semua bermula 4 tahun telah bebas lampin. Kali ini kami nekad untuk tidak pakaikan lampin lagi kepada Ecah.


Alhamdulillah, kali ini Ecah berjaya untuk tidak memakai lampin siang dan malam. Paling mengejutkan Ecah langsung tidak terbabas kencing dalam seluar. Malah ketika di rumah pengasuh, Ecah telah berjaya tidak memakai lampin.

Untuk melatih anak-anak latihan tandas, ibubapa perlu bersedia terlebih dahulu sebelum untuk memastikan anak-anak bersedia. Pastikan bersabar untuk melalui telatah anak-anak yang mungkin akan berbeza dan jangan mudah untuk putus asa. Jangan lupa untuk beri pujian apabila berjaya latihan tandas setiap masa dan sering memberi semangat kepada anak-anak :)

Tahniah Ecah!


2 comments:


EmoticonEmoticon