11 January 2019

Auni telah bersekolah darjah 1

Selamat sejahtera kepada semua.

Alam persekolahan merupakan alam yang cukup menarik. Kita akan merasai keseronokkan alam persekolahan apabila telah memasuki alam lain seperti alam pekerjaan. Ketika itu, baru kita sedar alam persekolahan merupakan alam yang cukup menarik dan akan merinduinya.

Bersama Azwar sebelum ke sekolah
Kejab betul masa berlalu yang mana sebelum ini banyak tulisan blog mengenai perkembangan Auni dari kecil. Dalam tidak sedar, Auni telah memasuki alam persekolahan setelah 2 tahun mengikuti dunia prasekolah.

Prasekolah dengan darjah 1 banyak perbezaannya. Dari segi belajar, Auni perlu mula fokus dengan pembelajaran walaupun tahap 1 diumumkan oleh kerajaan tiada peperiksaan. Auni juga perlu banyak berdikari dan tingkatkan disiplin. Malah, jadual harian juga bertambah padat.

Selain mengikuti darjah 1, Auni juga mengikuti kelas agama fardu ain atau singkatanya KAFA. Selesai pembelajaran sekolah kebangsaan, perlu bersiap untuk ke kelas agama KAFA sebelah petang pula. Rutin yang agak padat tetapi perlu ditempuhi juga. Auni perlu pandai mengurus masa untuk memastikan urusan persekolahan berjalan lancar.

Auni juga kena tidur awal kerana bermula tahun ini perlu bangun awal untuk bersiap dan bersarapan. Jika di prasekolah, Auni tidak bersarapan pun tidak mengapa kerana prasekolah akan menyediakan sarapan pagi.

Peringkat awal ini, kelihatan Auni masih dalam tempoh penyesuaian diri dengan rutin baru. Pagi-pagi masih sukar untuk bangun pagi apabila dikejutkan pada jam 6.00 pagi dan agak mengantuk ketika ke sekolah. Semoga Auni boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat mengikuti persekolahan dengan cemerlang.

Namun begitu, sepanjang 2 minggu bersekolah ini belum ada ucapan tidak mahu ke sekolah. Auni memaklumkan beliau seronok ke sekolah.

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon