09 July 2017

Jalan-jalan Cameron Highland 2017

Selamat sejahtera kepada semua.
Cameron Highland merupakan tempat percutian menarik di Malaysia. Ia bukan sahaja dikenali oleh rakyat Malaysia malah memjadi tumpuan pelancong dari luar juga. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Cameron Highland. Namun paling penting ialah suasana yang dingin dan nyaman.

Sop suka juga ke Cameron Highland tetapi tidaklah selalu. Biasanya 2 tahun sekali baru pergi. Aktiviti sama sahaja yang boleh buat di Cameron Highland cuma suasana dan cuaca yang nyaman membolehkan kita santai dan berehat di sini.

Pada hari Raya yang lepas, kami sekeluarga sempat menginap 2 malam di Cameron Highland. Selepas beraya di rumah Opah di Malim Nawar, kami terus ke Cameron Highland. Perjalanan tidak jauh jika dari rumah Malim Nawar, Perak.


Perjalanan sangat lancar dari Simpang Pulau ke Cameron Highland. Kami tiba di Brinchang lebih kurang jam 1 petang. Oleh kerana penginapan belum siap, kami terpaksa meronda-ronda terlebih dahulu ke taman strawberi. Lebih kurang jam 3 baru penginapan sedia dan boleh daftar masuk.

Kami telah menempah apartment 2 bilik di Barrington Home. Lokasi berdepan Tapak Pasar Malam Cameron Highland yang baru. Apartment yang masih baru dan cukup selesa untuk kami semua menginap. Kemudahan di apartment ini sangat lengkap.


Pada hari pertama, kami hanya rehat-rehat di apartment dan sebelah malam turun ke pasar malam untuk mencari makanan untuk makan malam.

Pada keesokan pagi, aktiviti dimulakan dengan melawat Ladang Teh Barat Valley. Kami singgah perkena teh dan roti sambil menghirup udara segar. Kami kemudian turun melawat ladang teh dan bergambar kenang-kenangan pemandangan indah tersebut.

Selesai di Ladang Teh Barat Valley, kami teruskan aktiviti melawat ladang strawberri di The Red Bean Strawberry Park. Perjalanan menuju ke sana agak perlahan di pekan Brinchang kerana kenderaan telah banyak. Lama juga kami berada di The Red Bean Strawberry Farm kerana meronda-ronda melihat keindahan bunga-bunga yang ditanam dan sempat menjamu selera di cafenya. Pada jam 2 petang, kami semua pulang ke apartment kerana kepenatan berjalan. Petang itu, kami hanya berehat di apartment :)

Pada sebelah malam, lagi sekali kami ke pasar malam untuk mendapatkan juadah makan malam dan juga buah tangan untuk dibawa balik.

Pada keesokan pagi, selesai bersarapan kami semua bersiap untuk balik ke Kuala Lumpur.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon