Lemang periuk kera
Selamat sejahtera kepada semua.
Lemang periuk kera tidak lagi asing terutama selepas diperkenalkan oleh Upin dan Ipin dalam salah satu episodnya. Sop sendiri tahu mengenai lemang periuk kera ini dari rancangan tersebut juga. Huhuhu
Tahun lepas ada makan juga ketika beraya di rumah terbuka. Malangnya tahun ini tiada yang menghidangkan lemang periuk kera pula. Tidak dapatlah merasa lemang periuk kera ketika raya. Huhuhu
Ketika melihat ada rakan Facebook yang update status makan lemang periuk kera, meleleh juga lah air liur teringat kesedapannya. Sop suka lemang periuk kera ini kerana rasa lebih lemak dan lembut. Sangat berbeza dengan lemang biasa :)
Selepas raya, ada rakan opis maklumkan ada kawan beliau membuat jualan lemang periuk kera dari Muadzam Syah, Pahang. Kawan beliau selalu membuat penghantaran ke Kuala Lumpur lemang periuk kera ini. Tanpa fikir panjang, terus Sop juga membuat pesanan. Bukan mudah untuk mendapatkan lemang periuk kera ini!
Harga bagi 1kg lemang periuk kera ialah RM35 sahaja. Memang murah dari harga pasaran yang terdapat di Kuala Lumpur ini.
Paling penting, rasanya sedap seperti lemang periuk kera yang Sop rasa sebelum-sebelum ini. Dapatlah Sop merasa lemang periuk kera walaupun selepas raya. Jika ada penghantaran lagi selepas ini, pasti Sop tidak akan lepaskan peluang untuk membuat tempahan lagi :)
Memang viral betul lemang periuk kera ni. Mama je yg belum penah makan rasanya
ReplyDeletekena try rasa tu :)
DeleteFirst time nampak lemang periuk kera ni dekat kampung... Raya tahun lepas... Lepas tu terus asyik nampak2 je... Before that tak penah tau pun kewujudan makanan ni...
ReplyDeleteJemput jalan ke blog saya...
Http://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com
terima kasih Paah Jais :)
DeleteMacam menarik je... Teman pernah dengar pasal lemang periuk kera nie... Cuma pernah rasa lagi...
ReplyDelete