01 July 2017

Kad raya 2017

Kad raya 2017

Selamat sejahtera kepada semua.

Kad raya merupakan pengganti diri untuk ucapan Selamat Hari Raya. Di zaman moden sekarang, kad raya maya digunakan sepenuhnya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya melalui media sosial dan aplikasi perhubungan.

Namun begitu, ada seorang sahabat blogger yang tidak jemu mengirimkan kad raya bercetak setiap tahun iaitu dari blog www.duniashida.com. Beliau sememangnya menyediakan perkhidmatan mencetak kad raya kepada pelanggan.

Terima kasih kepada Shida yang setiap tahun mengirimkan kad raya kepada Sop. Semoga terus rajin untuk mencetak dan mengirimkan kad raya setiap tahun ye :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin dari Sop keluarga kepada Shida.


EmoticonEmoticon