05 July 2017

Jom ke Jakarta, Indonesia dengan Traveloka

Selamat sejahtera kepada semua.

Ingin melancong ke Indonesia?
Jakarta memiliki keluasan sekitar 661,52 km² yang diduduki sekitar 23 juta orang, merupakan kawasan metropolitan yang terbesar di Indonesia dan kedua terbesar di dunia. Sebagai ibu negara negara Indonesia, Jakarta merupakan destinasi pelancongan yang menarik. Apabila kita sebut nama Indonesia, pasti akan terbayang dengan tempat yang menarik dan budaya yang unik!

Berikut merupakan tempat-tempat menarik di Jakarta, Indonesia:

Masjid Istiqlal
Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa.

Jom ke Jakarta, Indonesia dengan Traveloka
Jom ke Jakarta, Indonesia dengan Traveloka

Alamat:
Jln. Taman Wijaya Kusuma,
Ps. Baru, Sawah Besar,
Kota Jakarta Pusat,
Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10710, Indonesia


Pasar Baru Jakarta
Pasar Baru / Passer Baroe merupakan salah satu pusat perdagangan tertua di Jakarta. Pasar ini dibangun pada masa Verenigde Oost Indsche Company berkuasa iaitu sekitar tahun 1820. Pasar Baru / Passer Baroe dahulu merupakan sebuah kawasan berbelanja warga elit karana lokasinya yang berdekatan kawasan elit di Jakarta.

Jom ke Jakarta, Indonesia dengan Traveloka

Pulau Seribu Jakarta
Pulau Seribu Jakarta merupakan gugusan kepulauan yang terletak di sebelah utara Jakarta. Terdapat sebanyak 342 pulau di situ dan sebagian besar pulau di Kepulauan Seribu tidak berpenghuni. Terdapat banyak resort-resort menarik yang menarik di sini. Aktiviti rekreasi popular di sini iaitu snorkeling, diving, permainan jet-ski, banana boat, memancing dan sebagainya. Anda pasti tidak akan melupai pengalaman berada di sini.

Jom ke Jakarta, Indonesia dengan Traveloka

Jom ke Jakarta, Indonesia dengan Traveloka

Muzium Bank Indonesia
Muzium Bank Indonesia adalah sebuah muzium di Jakarta, Indonesia yang terletak di Jl. Pintu Besar Utara No.3, Jakarta Barat.  Ia merupakan bekas Bank Indonesia Kota yang hasil peninggalan De Javasche Bank beraliran neo-klasikal digabung dengan pengaruh tempatan yang dibina pada tahun 1828. Muzium ini menyediakan infomasi mengenai sejarah Bank Indonesia sejak kedatangan dunia barat di Nusantara sehingga terbentuknya Bank Indonesia pada tahun 1953.

Jom ke Jakarta, Indonesia dengan Traveloka

Muzium Nasional Indonesia
Sekiranya ke Jakarta, pastikan anda singgah ke Muzium Nasional Indonesia. Ini kerana terdapat banyak informasi mengenai Indonesia di muzium ini. Koleksinya tertumpu pada budaya dan sejarah Indonesia seperti prasasti, keris (keris Jawa tradisional), bot tradisional, kain, alat muzik, barang kemas dan artifak kuno lain.

Jom ke Jakarta, Indonesia dengan Traveloka

Tidak sabar untuk melancong ke Jakarta, Indonesia?
Ada tawaran menarik kepada anda yang ingin ke Jakarta melalui Traveloka. Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia, malah tawaran yang ditawarkan lebih hebat dari Matta Fair.

Jangan lepaskan peluang untuk diskaun menarik hanya 3 hari iaitu promosi potongan harga sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan hanya melalui Traveloka App.

Ikuti syarat-syarat berikut untuk menikmati potongan harga istimewa di atas:

  • Hanya penerbangan ke Jakarta melalui Traveloka App sahaja
  • Buat tempahan penerbangan dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50 (guna kupon SEAFLYJKT, hanya valid semasa promosi berjalan). Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimum perbelanjaan penerbangan RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
  • Tempoh tempahan penerbangan:  7 Julai 2017 (Jumaat) - 9 Julai 2017(Ahad)
  • Tempoh tempahan hotel: Selepas menerima email pembelian tiket penerbangan. Sah sehingga 31hb Julai 2017.
  • Tempoh Perjalanan: Sepanjang masa (anytime)

Promosi ini hanya sah penerbangan ke Jakarta. Untuk destinasi lain, sila layari Traveloka.

Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi! Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download).

Muat turun aplikasi traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini atau layari https://www.traveloka.com/en-my/promotion/walao-eh

Jom ke Jakarta, Indonesia dengan Traveloka

#Wonderful!AsiabyTraveloka
#Traveloka
#Jakarta

Note: Sumber gambar Google Image


EmoticonEmoticon