Ramadhan pertama 2017
Selamat sejahtera kepada semua.
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Alhamdulillah kerana masih dipertemukan lagi Ramadhan untuk tahun ini.
Untuk hari pertama Ramadhan, kami telah berbuka puasa di rumah dan dihadiri keluarga Mrs Sop. Menu utama ialah nasi ayam dan spageti. Lain-lain menu yang dibawa oleh kekuarga Mrs Sop ialah pizza, kuih muih dan sebagainya. Mewah juga hidangan apabila masing-masing bawa juadah untuk hidangan berbuka.
Seronok juga hari pertama puasa pada hari cuti ini kerana lebih santai di rumah dan banyak berehat. Jika hari biasa kalau hujung minggu pasti akan keluar berjalan-jalan sama ada keluar makan atau bersiar-siar. Aktiviti lebih kepada mengemas rumah dan menyediakan persiapan untuk berbuka puasa.
Malam ini malam kedua terawikh di surau. Alhamdulillah ramai jemaah yang hadir. Semoga terus meriah sehingga ke akhir Ramadhan. Selesai solat sunat terawikh, Azfar dan Azwar ajak minum dahulu di restoran mamak. Dahaga katanya :) Kira moreh la tu kan? Huhuhu
Alhamdulillah juga Azfar dan Azwar berpuasa tanpa sebarang masalah. Tiada mengadu lapar atau penat. Mungkin kerana berpuasa hanya berada di rumah dan membuat aktiviti mengemas rumah sahaja.
Ada cerita Ramadhan pertama anda? Berbuka puasa di mana hari ini?
Dah besar azfar Dan azwar boleh dah Teman ayah dia terawih Kan..
ReplyDeletesetiap kali Ramadhan mestilah ke surau bersama papa :)
Deleteanak2 pun suka ke surau
saya berbuka puasa dirumah sahaja sambil melakukan kerja-kerja rutin blogger
ReplyDeleteterima kasih Hero Borneo atas perkongsian tersebut
Deletesama-sama hendaknya..
DeleteSelamat berpuasa bro Hazmin
ReplyDeleteLama x nampak :)