10 December 2016

Mesin basuh berkhidmat selama 12 tahun

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Mesin basuh merupakan keperluan utama kepada pengguna zaman ini. Sukar untuk berjumpa mereka yang tidak menggunakan mesin basuh terutama yang hidup di metropolitan. Semasa Sop kecil sempat menggunakan tangan untuk membasuh sehinggalah zaman bekerja. Sekarang ini mak di kampung masih membasuh menggunakan tangan dan kadang-kadang sahaja menggunakan mesin basuh.


Mesin basuh ini dibeli ketika hendak berkahwin dulu iaitu pada 12 tahun yang lepas. Walaupun saiz tidak besar namun mampu untuk mencuci pakaian kami sekeluarga. Sejak beli sehingga sekarang tidak pernah bermasalah. Sehinggalah baru-baru ini mula menunjukkan tanda untuk rosak. Mulanya boleh mencuci sekali kemudian berhenti. Keesokan boleh kembali mencuci tetapi untuk kali yang seterusnya terus rosak. Percubaan mencuci seterusnya tidak berjaya dan rosak sepenuhnya. Huhuhu

Cuba juga tanya harga untuk baiki, kos rasanya tidak berbaloi iaitu dalam lingkungan harga RM250 hingga RM300 bergantung kepada kerosakan. Jika mesin basuh baru mungkin perlu baiki tetapi jika telah lama rasanya baik beli baru sahaja. Huhuhu

Mulanya cari juga mesin basuh terpakai di laman mudah.my namun nasib tidak menyebelahi. Setiap kali jumpa mesin terpakai yang masih keadaan baik dan harga berpatutan pasti telah ada pembeli atau ada yang telah tempah. Setelah seminggu mencuba akhirnya putus asa mencari mesin terpakai. Akhirnya kami membeli mesin basuh yang baru dan pastinya jenama Panasonic menjadi pilihan selepas melihat prestasi mesin basuh sebelum ini. Huhuhu




Terima kasih mesin basuh lama yang gigih memberi khidmat yang terbaik selama 12 tahun. Semoga mesin basuh baru ini mengekalkan prestasi mesin basuh sebelum ini yang bertahan lama tersebut :)

6 comments:

  1. wow cantik mesin basuh baru tu..bape harganya
    mmg pun kadang kos nak repair tu mahal
    smpai ada repairer suh beli je baru haha

    ReplyDelete
  2. kalau harga baiki lebih kurang harga mesin basuh baru better beli baru je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baiki jauh lebih murah tp kalau dah lama x berbaloi la baiki
      kalau secondhand lebih kurang dgn kos baiki :)

      Delete


EmoticonEmoticon