11 December 2016

Hilangkan kabur pada lens kamera Sony Z3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Gambar yang kelabu dan berkabus

Agak lama juga telefon Sony Z3 Sop mengalami masalah kabur pada cermin lens kamera belakang. Ia mungkin berpunca mengambil gambar di dalam air. Kesan daripada klorin kot? Kesannya ada kesan-kesan putih meliputi lens kamera tersebut dan menjadikan gambar kelabu dan tidak jelas.

Sop ada cuba cuci dengan air dan letak juga dengan sedikit sabun tetapi tidak berjaya menghilangkannya. Ia seperti telah sebati dengan cermin lens tersebut. Oleh sebab itu, Sop tidak menggunakan telefon untuk mengambil gambar kecuali selfi kerana camera hadapan masih elok.

Apabila terjadi begitu, mula hendak mencari telefon baru kerana kamera telefon agak penting untuk mengambil moment yang tanpa disangka. Tidak selalu akan kita bawa kemera DSLR bukan?

Baru-baru ini terdetik untuk mencari cara untuk menghilangkan kabur tersebut di internet. Terdapat cara yang sungguh mengejutkan kerana caranya hanya menggunakan bahan rumah biasa. Tidak perlu bahan spesifik yang susah dicari. Mulanya tidak yakin juga tetapi apabila membaca komen pada video tersebut kelihatan ramai yang telah berjaya.

Apa salah Sop mencuba bukan? Lagipun kamera tidak boleh digunakan lagi jika dibiarkan.
selepas dibersihkan
Dengan menggunakan ubat gigi sedia ada dan cotton bug, cermin lens di bersihkan seperti menggosok gigi. Kemudian lap untuk bersihakan kesan ubat gigi tersebut. Hasilnya lens kamera telah bebas kabur tersebut. Kamera telefon Sop telah kembali seperti asal. Tiada lagi berkabus dan gambar kabur. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi cara tersebut. Huhuhu

2 comments:

  1. tak cuba tak tahu kan..boleh di guna pakai tips ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kadang rasa mcm x logik tp sebenarnya berkesan.. huhuh

      Delete


EmoticonEmoticon