Pipi Amani lebam terkena bucu katil
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Anak-anak sedang membesar pasti akan aktif dan cergas. Sedikit kesilapan boleh membawa kepada kemalangan yang tidak disangka. Setiap masa perlu diawasi pergerakan anak-anak supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini.
Tadi ketika dalam bilik, Amani telah tersadung pada bucu katil bilik. Walaupun tempat biasa Amani bermain tetapi sedikit kesilapan teknikal terus terkena bucu katil yang agak tajam. Kesannya terus bengkak pada pipi dan lebam.
Lama juga menangis tadi selepas kena. Namun kami bersyukur kerana tidak terkena dibahagian mata walaupun sangat hampir. Jika kena bahagian mata, mungkin teruk kesannya. Ini pun kelihatan agak teruk dan kurang comel dah anak Papa. Huhuhuhu
Gambar Auni lebam dulu |
Setelah kena, kami telah ruam dengan ais untuk mengurangkan bengkak. Semoga dapat cepat surut bengkak tersebut dan Amani cepat sembuh. Amin :)
Galeri gambar:
Mungkin boleh cuba Minyak Herba Asmak juga untuk lebam-lebam ni. :)
ReplyDeleteye ke, pertama kali dengar
Deleteterima kasih atas perkongsian :)
allahu sampai biru nah..nasib baik xkena mata sayang oi..
ReplyDeleteitu lah, mmg nasib x kena mata. alhamdulillah :)
Deleteala kesiannya dia, moga cepat baik
ReplyDeleteterima kasih @suki :)
Delete