19 November 2016

Konsert Tadika Adik-Adik 2016

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Pada Sabtu lepas telah berlangsung Konsert 2016 Tadika Adik-Adik di Institut Perubatan Jalan Pahang. Konsert ini merupakan aktiviti tahunan Tadika Adik-Adik yang Auni bersekolah. Setiap kelas akan membuat persembahan pada konsert tersebut berbentuk tarian.

Pada jam 8.00 pagi kami tiba di Institut Perubatan tersebut selepas bersarapan. Persembahan bermula pada jam 8.30 pagi dengan nyanyian lagu negaraku dan ucapan dalam 3 bahasa oleh murid tadika.


Persembahan kelas Auni adalah giliran kedua dengan tarian Tambourin Tradisi Taiwan. Cikgu memaklumkan murid telah berlatih selama 5 bulan untuk konsert ini secara berperingkat. Bukan mudah untuk mengajar murid tadika terutama yang masih kecil seperti Auni yang berumur 4 tahun. Jika murid berumur 6 tahun lebih mudah kerana mereka lebih besar. Antara cabarannya ialah cara untuk menarik, lupa langkah tarian, tidak ikut tempo dan sebagainya.


Secara keseluruhan konsert Tadika Adik-Adik sangat meriah. Pemilihan tarian juga menarik dan murid-murid dapat membuat persembahan dengan baik. IbuBapa juga ramai hadir sehingga penuh dewan. Sambutan sangat menggalakkan.

Pada tahun akan datang, mungkin pihak Tadika Adik-Adik boleh memilih dewan yang lebih besar atau berbentuk auditorium untuk memudahkan penonton melihat konsert.

Tahniah kepada Auni juga yang berjaya menari dengan baik dan enjoy konsert tersebut :)

Galeri gambar:




2 comments:

  1. good job auni..

    jemput singgah blogshop saya, http://mymodestycloset.blogspot.my/

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon