Tawaran hotel bajet terbaik dengan OYO
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Apa itu hotel bajet?
Hotel bajet merupakan perkhidmatan memberi kemudahan penginapan pada harga mampu bayar dengan kemudahan yang sesuai. Di Malaysia, hotel bajet ini lebih dikenali dengan hotel harga murah.
Jika dulu, hotel bajet ini dibayangi dengan hotel harga murah dan 'low class hotel' yang menjadi pilihan kepada mereka tidak berkemampuan. Kemudahan disediakan adalah asas, tidak selesa, kecil, kemudahan berkongsi dan banyak kekurangan. Namun begitu, sekarang ini konsep hotel bajet jauh berbeza walaupun harga masih murah.
Permintaan terhadap percutian ringkas yang menjimatkan semakin menjadi pilihan sehingga membawa kepada kewujudan lebih banyak hotel bajet. Pelancong atau pengunjung juga akan singgah untuk bermalam sekejap dan kadang kala ada keluarga ramai maka hotel bajet memang sesuai menjimatkan kos. Bagi pelancong jenis 'bag packer' semestinya akan memilih hotel bajet sebagai tempat penginapan.
Pengalaman hotel bajet
Sop dan keluarga sendiri memilih hotel bajet sebagai tempat penginapan. Bermula dengan pelancongan di luar negara seperti ke Hong Kong dan Jepun sebelum ini, hotel bajet sangai berbaloi kerana untuk menjimatkan kos dan hotel hanya tempat bermalam sahaja. Pada masa lain, semua urusan berjalan dan melawat ke tempat menarik.
Sekarang ini apabila melancong di Malaysia, Sop akan memilih hotel bajet sahaja. Ini kerana konsep melancong juga telah berbeza. Apabila melancong, kita akan fokus untuk melawat ke tempat menarik dan balik ke hotel untuk menginap sahaja. Tidak lagi pergi melancong ke negeri lain tetapi hanya berehat di hotel seperti pengalaman Sop melancong ke Cameron Highlands dan Pulau Pinang yang lepas.
Selain itu, hotel bajet juga telah dinaiktaraf dengan segala kemudahan yang diperlukan dan menarik walaupun harga masih murah. Ada hotel bajet yang Sop singgah suasana bilik seperti hotel 3 atau 4 bintang. Kemudahan bilik lengkap, hiasan menarik dan bersih! Bezanya tiada kemudahan awam seperti kolam, gym, padang permainan atau cafeteria sahaja.
Bagi yang ingin mencari hotel bajet yang sesuai, Sop ingin mencadangkan dapatkan melalui OYO.
Apa itu OYO?
OYO adalah rangkaian hotel berjenama terbesar di India telah tersebar di 209 bandar-bandar dengan hotel melebihi 6,500 dengan menawarkan pengalaman penginapan yang seragam pada harga yang tidak dapat ditandingi.
Dari hotel tunggal pada Mei 2013 telah meningkat lebih 6500 hotel pada masa ini. OYO telah bermula dengan idea yang bijak dan telah menjadi rangkaian hotel berjenama terbesar di India. Impiannya untuk menjadi rangkaian hotel berjenama terbesar di dunia pada masa hadapan
Pada Januari 2016, OYO telah memulakan operasinya di Malaysia. Sehingga Jun 2016, OYO telah mempunyai talian melebihi 200 hotel untuk 18 bandar merangkumi lebih kurang 3,000 bilik meliputi Kuala Lumpur, Klang, Petaling Jaya, Rawang, Seremban, Shah Alam, Subang, Penang, Malacca, Johor Bahru, Langkawi, Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Kampar, Seri Iskandar, Kota Kinabalu and Cameron Highland.
Apa kelebihan OYO?
Tawaran harga hebat
Dengan harga serendah RM49.00 semalam, pengunjung dapat menikmati tawaran harga terbaik dan menjimatkan.
Pengalaman penginapan yang selesa
OYO menyediakan bilik penginapan yang selesa dan menarik kepada pengunjung. Berikut merupakan perubahan yang dilakukan oleh OYO dan hasil yang diperolehi:
- Sila layari laman web OYO di https://www.oyorooms.com/malaysia
- Muat turun aplikasi OYO ke telefon pintar anda di sini
- Layari laman FB OYO di http://www.facebook.com/oyo.malaysia
- Laman Instagram di www.instagram.com/oyo.malaysia
Video pengenalan mengenai OYO:
nice info sop...baru tahu ada website OYO ni
ReplyDeletelepas ni boleh cari hotel murah2 kalau g berjalan2 :)
DeleteSalam Ukhuwah Sop.
ReplyDeleteTerima kasih Syahran Syah
Deletewahh. sebelum ni tak pernah dengar pun pasal oyo hihih.
ReplyDeleteNice info =D
lepas ni boleh guna OYO ye Yumee :)
Delete