01 August 2016

Jam tangan pertama Auni

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Masih ingat jam pertama anda?
Jam pertama yang Sop miliki ialah ketika sekolah rendah. Jam tersebut diberikan oleh abang Sop setelah beliau beli jam baru. Namun begitu jam tersebut tidak bertahan lama kerana akhirnya Sop setelah Sop terjun kedalam kolam renang. Sangkaan jam tersebut boleh masuk kedalam air rupanya tersasar.

Sebelum ini Auni ada meminta jam tangan juga selepas abang-abangnya mendapat jam tangan. Namun kerana masih kecil, Sop abaikan permintaan Auni. Masih terlalu awal untuk memakai jam dan nanti tidak sampai sehari pasti akan hilang jam tersebut. Huhuhu

Petang tadi semasa ke Jusco, sekali lagi Auni meminta untuk dibelikan jam ketika melalui kedai jualan jam. Kali ini Sop akur dan membelikan sebuah jam tangan murah. Mulanya Auni meminta jam jenis ada gambar kartun tetapi kelihatan terlalu seperti mainan nanti boleh cepat bosan atau rosak. Baik Sop belikan jam yang betul-betul jam dan boleh Auni belajar melihat waktu atau nombor. Oleh kerana lengan Auni yang kecil, jam tersebut ditambah lubang. 

Seronok betul Auni dapat jam kerana boleh jadi seperti abang-abang mereka yang sering memakai jam. Setelah memakai beberapa jam, akhirnya Auni meminta dibuka jam tersebut dari tangan. Mungkin rasa tidak biasa lagi memakai jam. Kena selalu pakai nanti baru rasa serasi dengan jam pada tangan.

Semoga jam ini dapat bertahan lama dan tidak seperti abang-abang mereka pada awal memiliki jam yang biasanya bertahan selama seminggu sahaja sebelum rosak atau hilang. Huhuhu

Galeri gambar:


5 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat jam.. Reen tak igt bila pertama kali dapat jam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti kecik2 dah dapat tu sbb tu x ingat kali pertama dapat :)

      Delete
    2. Aa masa kecik �� ibuayah belikan.. Hihi

      Delete
  3. سرویس و تعمیر اتو در مرکز جامع تعمیرات تخصصی انواع لوازم خانگی

    دسته تعمیرات اتو

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon