Photobook murah untuk Album Aidilfitri
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Photobook merupakan album gambar yang dicetak dan dibukukan. Sebelum ini, harga Photobook ini agak mahal untuk dibuat. Namun sejak berapa tahun ini, harga jauh lebih murah sejak boleh dibuat tempahan secara online.
Telah lama juga Sop hendak buat Photobook ini tetapi tidak kesampaian sehinggalah baru-baru ini. Itupun kira percubaan sahaja. Teringin pula melihat album gambar Aidilfitri dibukukan untuk simpanan dan tatapan. Biasanya Sop jadikan album gambar di FB atau simpanan dalam komputer sahaja. Tidak ramai yang mencetak gambar sekarang ini sejak zaman digital ini :)
Sop telah membuat belian kupon Photobook melalui Lazada. Photobook tersebut perlu dibuat sendiri design melalui lawan web pembekalnya. Agak mudah sahaja untuk membuat design kerana terdapat template yang disediakan. Pengguna boleh memilih untuk membuat design secara online atau offline. Jika offline, pengguna perlu install terlebih dahulu program Photobook tersebut. Caranya sama sahaja sama ada offline atau online untuk design Photobook cuma online perlu ada talian internet.
Sop membuat design Photobook secara online. Mula-mula pengguna perlu daftar dengan laman web pembekal Photobook. Kemudian pilih jenis Photobook yang hendak dibuat. Bagi kes Sop yang telah beli kupon Photobook, kena pastikan jenis yang sama untuk di design. Sop telah beli kupon photobook Softcopy 6x6 sahaja.
Setelah memilih jenis Photobook, pengguna boleh pilih untuk menggunakan template design yang disediakan atau bermula dengan template kosong sahaja. Template yang dibekalkan kita boleh ubah kembali jika tidak berkenan sama ada dari segi la yer, saiz gambar atau background dan sebagainya. Lebih mudah jika menggunakan template design yang disediakan. Jika tidak mahu ubah, ppengguna boleh terus masukkan gambar sahaja ke dalam template tersebut. Pengguna juga boleh memasukkan teks dalam design mengikut kesesuaian. Pengguna boleh simpan dan edit kemudian jika masih belum berpuas hati.
Pastikan saiz gambar yang dimuat naik ke design Photobook adalah sesuai dan resolusi tinggi. Jika gambar resolusi rendah atau saiz kecil, amaran akan dipaparkan pada gambar dan bermakna cetakan gambar nanti mungkin akan kabur.
Setelah selesai membuat designPhotobook, pengguna boleh menghantar untuk cetakan. Semua melalui sistem Photobook tersebut. Ketika proses penghantaran cetakan tersebut, maklumat perlu dimasukkan seperti alamat dan bayaran. Ketika itu, kita masukkan kupon yang telah dibeli. Kos penghantaran perlu dibayar kerana harga kupon tersebut tidak termasuk bayaran penghantaran. Bayaran boleh dibuat secara online melalui sistem Photobook itu sendiri.
Selesai semua proses bayaran, pengguna hanya perlu tunggu Photobook siap dicetak dan dihantar. Kita boleh melihat status Photobook melalui sistem tersebut.
Photobook Sop telah selamat sampai dalam masa seminggu selepas proses penghantaran. Proses yang cepat dan hasil Photobook juga sangat menarik. Selepas ini, bolehlah Sop rajin-rajin hantar buat Photobook kerana kos juga berbaloi berbanding cetak gambar biasa. Perlu beli album gambar lagi nanti untuk simpan gambar bukan?
Anda pernah buat Photobook?
wahhh..cantik photobook nie..gambar pun terang... ila pun baru jer order semalam n email gambar..tapi kat photobookmurah.com kalau xsilap...hihihi xsabar nak tengok hasil photobook tu..nanti kalau cantik boleh order lagi.. sebab semenjak duk post kat fb nie jarang sangat dah cuci gambar..huhuu
ReplyDeletepuas hati buat photobook, boleh simpan sebagai kenang-kenangan
Deletepastikan gambar terang, hasil pun akan cantik nanti
berapa kos dia sop
ReplyDeleteRm3 utk photobook, rm8 utk penghantaran :)
Delete