22 July 2016

Permainan NERF anak-anak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Permainan NERF anak-anak
Azwar dengan aksinya
Permainan NERF tidak asing lagi di kalangan kanak-kanak. Permainan berbentuk senjata ini sangat menarik kerana boleh menembak dengan jarak yang jauh dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti pistol, senapang dan memanah. Malahan terdapat design yang boleh dinaiktaraf menjadi lebih menarik besar.

Bila lihat permainan NERF ini, teringat zaman Sop kecil dulu yang mana berperang menggunakan bedil buluh cina dan senapang/pistol buah senuduk. Bezanya dulu semua buat sendiri dan peralatan semua percuma. Peluru pun hanya cari dari pokok-pokok di sekeling kampung sahaja. Ada kes tembakan boleh beri kesan biru juga jika sasaran tepat!

Kembali kepada permainan NERF, Azfar dan Awar telah lama ingin memilikinya. Oleh kerana agak mahal, tidaklah kami hendak membelinya :)

Permainan NERF anak-anak
Azfar dengan aksinya
Selepas raya baru ini, mereka kembali meminta untuk membeli NERF dengan duit raya yang diperolehi. Oleh kerana telah lama teringin memiliki NERF, kami pun bersetuju untuk mereka membelinya. Itu pun kena pastikan harga yang tidak terlalu mahal.

Permainan NERF ini ada dijual di pasar raya besar dan laman web online seperti Lazada. Kami telah ke Jusco Setiawangsa untuk membeli permainan tersebut. Selepas memilih jenis NERF yang sesuai, akhirnya Azfar dan Azwar mendapat permainan NERF mereka.

Walaupun mereka telah memiliki permainan NERF tersebut, kami masih mengawal penggunaanya. Hanya hari minggu sahaja boleh bermain. Buat masa ini, mereka hanya bermain dalam rumah dan buat target sendiri menggunakan permainan yang sedia ada :)

Galeri gambar:

Permainan NERF anak-anak

Permainan NERF anak-anak

Permainan NERF anak-anak

4 comments:

  1. Ok juga tu dari duk asyik dengan gajet jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kan? boleh dijadikan aktiviti membina ni

      Delete


EmoticonEmoticon