27 April 2016

Tayar motor skuter lebih mahal?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Anda pengguna motor skuter?
Jika ya, pasti anda perasan yang barangan motor skuter agak mahal berbanding motor cup lain.

Ini merupakan kali pertama Sop menukar tayar motor skuter selepas 2 tahun penggunaan. Sebelum ini semasa servis biasa, pomen telah maklumkan tentang tayar motor yang telah botak namun tidak dapat tukar lagi kerana ketika itu dihujung bulan. Apabila bertanya tentang harga tayar, boleh tahan juga iaitu RM110 bagi tayar belakang.

Tengah hari tadi semasa keluar makan tengah hari, tayar motor skuter telah tamat riwayatnya apabila bocor. Nasib baik bengkel motor tidak jauh dan Sop terus singgah untuk menukar tayar. Memang Sop tunggu masa untuk tukar tetapi apabila telah bocor memang kena tukar terus.

Apabila bertanya harga, dimaklumkan saiz asal tayar sedikit mahal dan harga diberikan ialah RM95. Memang lagi murah dari kedai biasa Sop servis. Namun jika dibandingkan dengan motor cup biasa, harga itu agak tinggi. Padahal tayar lagi kecil jika dibuat perbandingan. Namun apa boleh buat, sudah pakai motor skuter, menang kenalah hadapinya.

Namun begitu jika dilihat tempoh tayar yang digunakan selama 2 tahun, agak berbaloi juga dengan harga tayar tersebut.


EmoticonEmoticon