17 April 2016

Selamat Hari Lahir Auni Awatif Tahun ke 4

Selamat sejahtera kepada semua rakan.




Pada bulan April, kami meraikan dua hari lahir iaitu Amani dan juga Auni. Amani pada awal April manakala Auni di pertengahan April. Tibanya hari lahir bermakna genaplah umur mereka setiap tahun. 

Tiada perancangan untuk sambutan hari lahir tetapi mak mertua telah menempah untuk cucunya. Kek birthday telah dibeli untuk birthday Auni. Kakak-kakak jika dapat potong kek memang menyeronokkan bukan?

Untuk itu juga dijemput anak-anak jiran mak mertua untuk bersama-sama memeriahkan potong kek tersebut. Selepas potong kek, boleh sama-sama makan kek bukan?

Selamat Hari Lahir buat Auni Awatif yang ke 4. Semoga Auni terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta kebanggaan keluarga. Amin



EmoticonEmoticon