Restoran Nasi Ayam Chee Meng
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah makan nasi ayam di Restoran Chee Meng Bukit Bintang?
Sop baru pertama kali mencubanya semasa urusan di sekitar Bukit Bintang. Rupanya Restoran Nasi Ayam Chee Meng telah lama dikenali ramai. Sop sahaja yang baru tahu :)
Restoran Nasi Ayam Chee Meng halal ke? Persoalan pertama yang bermain difikiran Sop apabila diperkenalkan dengan restoran ini. Besar logo halal dipaparkan di restoran tersebut untuk menyatakan ianya halal. Kelihatan semua pekerja Melayu dan Indonesia. Dan yang paling penting semua pelanggan nampaknya orang Melayu :)
Nasi ayamnya sedap juga tetapi paling sedap Sop rasa ialah kerabu mangganya. Memang cukup rasa dari segi masamnya, pedasnya dan cukanya. Makan pula dengan nasi ayam, memang kombinasi yang cukup menarik. Belum pernah lagi Sop rasa sebelum ini :)
Harga nasi ayam di sini sedikit mahal berbanding dengan restoran atau kedai lain. Mungkin sebab kedudukan di pusat bandar atau ada alasan yang tersendiri. Namun pelanggan tetap penuh walaupun harga sedikit mahal.
Paling Sop tidak suka ialah tiada parkir di kawasan berhampiran. Restoran Nasi Ayam Chee Meng berada di jalan utama. Bagi yang saja-saja hendak makan di sini perlu cari parking berbayar sama ada BB Plaza atau disekitarnya. Jika naik motosikal, lebih mudah kerana ada parking dicelah bangunan tetapi itu pun selalu penuh. Huhihi
pernah mkn situ suatu masa dulu...tp lg suka masak nasi ayam sendiri hihi
ReplyDeletemasak sendiri mesti lagi sedap :)
Deletex pernah makan mcm sedap je..harga patutan?
ReplyDeletepost baru saya tempat makan menarik di melaka
harga sedikit tinggi berbanding warung nasi ayam biasa :)
ReplyDelete