07 April 2016

Baiki skrin telefon Sony Z3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Sebelum ini, telefon Sony Z3 Sop telah rosak skrin sentuh mengakibatkan tidak boleh untuk digunakan. Pada awalnya sebahagian sahaja yang rosak tetapi lama kelamaan semakin teruk. Akhirnya tersadai di rumah dan agak lama dibiarkan. 

Banyak kali fikir sama ada ingin baiki atau biarkan sahaja. Takut repair dengan harga 3 ratus hingga 4 ratus tetapi kemudian rosak kembali. Membazir juga! Hendak beli telefon baru masih tiada bajet walaupun Sony Z5 telah keluar dan Samsung S7 kelihatan menarik! Huhuhu


Baru-baru ini rakan pejabat memaklumkan telah repair skrin telefon Sony di Subang dan sehingga kini masih keadaan baik. Harga juga paling murah setakat ini ditawarkan iaitu RM300. Mungkin berbaloi juga untuk repair walaupun agak jauh perlu ke Subang.

Setelah menghubungi kedai tersebut dan mendapatkan sebut harga, Sop akhirnya mengambil keputusan untuk membaiki skrin telefon Sony Z3 tersebut. Beliau memaklumkan untuk tukar skrin, ia memakan masa lebih kurang 1 jam. Oleh kerana pergi waktu pejabat dan kedai dibuka bermula jam 2.30 petang, Sop tidak dapat menunggu beliau menukar skrin tersebut. Sop berjanji untuk ambil keesokannya.


Pada keesokannya Sop bertanyakan tentang telefon tersebut dan ianya telah siap dibaiki. Pada sebelah malamnya Sop terus ke Subang untuk mengambil telefon.

Setakat ini, telefon berfungsi dengan baik. Test screen yang dilakukan melalui Seting telefon juga kelihatan mendapat hasil yang baik. Namun masih terlalu awal untuk membuat rumusan penukaran skrin tersebut. Baru sehari mencuba dan belum tentu esoknya. Namun besar harapan agar tiada lagi masalah skrin telefon Sony Z3 Sop. Yang pasti Sop tidak boleh lagi bawa telefon masuk ke dalam air kerana selepas penukaran skrin, kelihatan beberapa bahagian telah longgar kesan penukaran sebut.

Kepada yang ingin menukar skrin Sony, boleh cuba hubungi kedai tersebut untuk mendapatkan sebut harga.


4 comments:

  1. Alhamdulillah...selagi boleh guna...ada rezeki kelak boleh beli yang lain mungkin untuk menggantikkannya..

    ReplyDelete
  2. betul tu PC, tunggu rezeki lain kalau nak tukar :)
    terima kasih PC

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon