15 March 2016

Menonton wayang Kung Fu Panda 3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Sudah menonton filem Kung Fu Panda 3?
Jika belum pastikan anda menonton segera filem animasi ini. Sop baru sahaja menonton semalam bersama keluarga.

Kung Fu Panda filem yang tidak mengecewakan untuk ditonton. Walaupun cerita animasi tetapi cerita sangat menarik. Bukan sahaja anak-anak Sop yang suka, malah Sop sendiri meminati filem Kung Fu Panda ini. Bermula dari Kung Fu Panda pertama kami telah meminati filem ini.

Kungfu Panda 3 ini tidak berbeza dengan filem sebelum ini. Jalan cerita yang menarik dan penuh adegan yang melucukan. Bagi yang telah mengikuti Kung Fu Panda dari awal, lebih mudah untuk memahami jalan cerita kerana ia berkaitan antara satu sama lain. Terdapat flashback dalam babak-babak tertentu untuk menghubungkait jalan ceritanya.

Kung Fu Panda 3 memberikan tahap yang lebih tinggi kepada jalan ceritanya. Secara keseluruhan Sop memang berpuashati layan cerita ini dicadangkan kepada semua rakan untuk menontonnya.

2 comments:


EmoticonEmoticon