14 March 2016

Berkelah di Pantai Klebang, Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Pantai Klebang, Melaka antara tarikan pelancong yang datang melawat Melaka. Selain daripada terdapat Muzium Kapal Selam, Bas Hotel/Restoran dan Coconust Shake, Pantai Klebang menjadi pusat rekreasi dan riadah yang menarik. Kelihatan terdapat kereta kuda yang membawa pelancong meronda dan ramai juga yang berkelah sambil bermain layang-layang.

Semalam kami telah ke Melaka untuk menghadiri kenduri. Sebelum mendaftar masuk ke hotel, kami telah singgah ke Pantai Klebang untuk mendapatkan air Coconust Shake yang popular di Melaka dan berkelah di Pantai Klebang. Terdapat banyak juadah yang telah dibawa dari Kuala Lumpur sebagai bekalan.

Pokok rhu yang ditanam di Pantai Klebang masih belum besar dan rendang namun cukup untuk menghalang daripada cahaya terik matahari. Sekiranya pokok tersebut lagi besar, lagi menarik untuk pengunjung untuk berkelah dan menghirup udara pantai.


Sambil kami menjamu selera, anak-anak sempat untuk bermain layang-layang di panas terik. Ketika itu, cuaca panas terik dan jam menunjukkan jam 12.00 tengah hari. Cuaca panas bukan penghalang untuk kanak-kanak bermain. Langsung tidak dihiraukan cuaca panas terik tersebut asalkan dapat bermain.

Angin pula sepoi bahasa sahaja ketika tengah hari. Tidak terlalu kuat dan sesuai untuk kami berkelah. Jika terlalu kuat bermasalah pula untuk kami menjamu selera. Boleh terbang semua habuk dan daun-pokok!

Pada pandangan Sop, lagi dua atau 3 tahun lagi pasti lebih menarik Pantai Klebang ini apabila pokok-pokok lebih besar. Suasana akan lebih nyaman dan redup. Ketika ini kemudahan awam telah disediakan di kawasan pantai tersebut. Tahniah kepada pihak Majlis Perbandaran Melaka yang berjaya menaikkan kawasan Pantai Klebang tersebut.

Galeri gambar:


2 comments:

  1. cantik cantik gambar.

    6 tahun saya duduk melaka. Dulu klebang sebelum separuh lautnya ditambak, pandangan dia cantik dan redup. Sekarang banyak bahagian laut yang dah ditambak. Apa pun, melaka memang makin maju pesat membangun sekarang. saya pun suka datang melaka

    Terima kasih singgah blog sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, dulu redup sbb pokok besar yg tepi jalan utama tu
      nampak pesat betul membangun kawasan tambak tu :)

      Delete


EmoticonEmoticon