25 February 2016

Telefon SONY Z3 mengalami masalah skrin

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Apabila telefon bermasalah, pemilik pasti akan sakit kepala bukan? Pasti terbayang perlu keluarkan duit untuk baiki telefon tersebut. Jika masih dalam tempoh jaminan pasti akan rasa selamat sangat!

Telefon SONY Z3 Sop telah pakai sejak setahun lalu. Berminat untuk mencuba telefon SONY kerana ciri yang menarik termasuk boleh dibawa masuk ke dalam air. Malah kameranya cukup menarik dengan jumlah pixel yang sangat tinggi.

Sepanjang penggunaan SONY Z3 setahun lalu memang tiada masalah. Semua berjalan lancar sehingga awal tahun ini. Ia bermula dengan skrin kurang berfungsi apabila menaip. Kawasan tidak berfungsi semakin hari semakin banyak sehingga menyukarkan untuk menaip.

Sop akhirnya membawa telefon SONY Z3 tersebut ke pusat servis SONY yang terletak di Wisma Berjaya. Setelah disemak telefon, jaminan baru tamat sebulan yang lepas. Sebarang kos baiki perlu ditanggung sendiri oleh pemilik. Setelah memaklumkan masalah yang dihadapi, pihak SONY memaklumkan kos untuk menggantikan satu set skrin telefon Z3 ialah RM930.00. Terkejut juga dengan harga kos tersebut! Memang tidak berbaloi untuk repair dengan harga tersebut. Jika beli telefon lain Z3 terpakai lebih murah!

Sop pulang tanpa membuat gantian skrin telefon tersebut. Sop ada juga bertanya kos ganti set skrin di kedai biasa dan kos yang diberikan ialah RM320. Rasanya jauh lebih murah tetapi tidak berani juga untuk ganti kerana takut masalah lain pula akan dihadapi. Sia-sia nanti habis RM320 tetapi telefon rosak juga. Berbeza jika buat di pusat SONY sendiri yang lebih kita yakin.

Terkilan juga dengan kejadian ini kerana telefon baru tamat jaminan terus rosak! Baru setahun sahaja pakai telah rosak! Jika telah lama pakai mungkin tidak terkilan sangat. Malah SONY Z3 adalah telefon spesifikasi yang tinggi tidak mungkin mudah rosak!

Setelah kejadian telefon rosak, baru ramai rakan yang bercerita tentang telefon SONY mereka masalah skrin. Rupanya telefon SONY banyak masalah dengan skrin bukan sahaja dari jenama Xperia Z3. Semasa di pusat servis SONY ramai juga pelanggan datang pemeriksaan telefon masing-masing.

Oleh kerana ini, Sop kurang yakin lagi dengan telefon SONY. Mungkin tidak semua yang tidak bernasib baik seperti Sop mengalami masalah telefon rosak. Tetapi jika yang mengalami masalah yang sama, Jom menangis secara berkumpulan yer. Huhuhu

4 comments:

  1. Allahu...tambah sedikit duit boleh dapat yang barukan SOP...hampir seribu juga walhal hanya screen yang bermasalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah PC, x berbaloi untuk repair
      huhuhu

      Delete
  2. memang kena beli baru la gamaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, mmg kena beli baru dah tu.. huhuhu

      Delete


EmoticonEmoticon