16 February 2016

Photoshoot Amani di taman rumah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Merakam gambar anak-anak pasti menjadi kegemaran IbuBapa bukan? Kalau boleh tiap hari hendak rakam perkembangan anak-anak dan disimpan sebagai tatapan masa hadapan. Zaman bayi merupakan kenangan manis IbuBapa melihat anak-anak membesar.

Telah lama ingin membuat Photoshoot Amani di taman namun keadaan Amani yang belum boleh berjalan menyukarkan keadaan. 

Semalam sesi Photoshoot hanya secara duduk sahaja. Pertama kali Amani berada di atas tanah, memang banyak benda yang menarik perhatian. Ada sahaja benda yang hendak dikutip. Agak sukar untuk menarik perhatian Amani untuk fokus dengan kamera.

Apabila letak sahaja, Amani akan mula merangkak dan mendapatkan benda yang berada di sekitarnya. Banyak juga daun gugur yang berjaya dikutip oleh Amani semalam.

Berikut hasil amatur Photoshoot Amani:




EmoticonEmoticon