Jalan-jalan Genting Highlands 2016
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Ketika cuaca panas sekarang ini, pasti teringat suasana Genting Highlands yang sejuk dan nyaman bukan?
Semalam kami sekeluarga sempat jalan-jalan ke Genting Highlands. Perjalanan yang tidak dirancang dari awal. Keputusan dibuat pada sebelah pagi untuk meronda-ronda ke sana mencari udara sejuk. Agak lama juga tidak kami berkunjung ke Genting Highlands. Lagi pun ketika ini Taman Tema Luar masih ditutup dan tiada tarikan baru untuk ke Genting Highlands.
Baru-baru ini Azfar dan Azwar ada meminta untuk bermain ais di Snow Word Genting. Mungkin ini peluang untuk ke sana dan memenuhi permintaan Azfar dan Azwar. Auni pun pergi ke Genting Highlands ketika masih kecil dan pasti belum tahu untuk bermain.
Kami tiba di Genting Highlands tengah hari. Cuaca di Genting Highlands juga panas tetapi masih dingin. Pengunjung tidak terlalu ramai pada hari Ahad. Ini peluang untuk Azfar dan Azwar mencuba bermain ais di Snow Word. Hanya Mrs Sop, Azfar, Azwar dan Auni sahaja yang masuk ke Snow Word. Sop bersama Amani berada di luar sahaja. Masih terlalu kecil untuk Amani ke tempat sejuk.
Setelah selesai bermain di Snow Word, kami hanya meronda sekitar taman tema dalam dan makan-makan sahaja. Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan apabila banyak tempat yang masih ditutup.
Pada sebelah petang, kami kembali pulang ke Kuala Lumpur. Nasib Genting Highlands dengan Kuala Lumpur tidak jauh. Tidak terasa rugi datang Genting Highlands sekejap sahaja. Seperti kata Azwar, kenapa kejam sahaja datang Genting Highlands tanpa main apa-apa? Huhuhu
Galeri gambar:
lama tak ke genting...scary jalan nak naik tu huhu
ReplyDeletekalau biasa x scary dah
Deletedorang siap drift lagi.. huhuhu