18 January 2016

Pengalaman sertai peraduan mewarna

Selamat sejahtera kepada semua.

Pertandingan mewarna sering diadakan di pusat membeli belah. Biasanya pertandingan ini bentuk terbuka kepada pengunjung.

Ini merupakan pengalaman pertama kepada Azfar, Azwar dan Auni menyertai pertandingan seperti ini. Sebelum ini biasanya mereka tidak berminat untuk sertai pertandingan mewarna. Malah Auni yang belum reti mewarna turut sertai pertandingan ini!

Terdapat kanak-kanak yang cukup bersedia dengan pertandingan mewarna ini dengan melihat kelengkapan mewarna yang dibawa. Kita boleh andaikan mereka sering mengikuti pertandingan seperti ini. Malah hasil mewarna juga menarik! Memang peluang besar untuk menang!

Bagi Azfar, Azwar dan Auni menyertai pertandingan mewarna ini hanya kebetulan. Semasa ke  Wangsa Walk, penyataan baru dibuka dan mereka terus menyertainya tanpa sebarang persediaan.  Nasib baik pensil warna disediakan bagi yang memerlukan.

Walaupun masa diberikan masa 2 jam untuk mewarna namun Azfar, Azwar dan Auni mula bosan selepas 30 minit yang pertama. Penat untuk menyiapkan kertas warna yang bersaiz A3 tersebut! Kami meminta mereka memenuhkan ruangan kertas sebelum dapat hantar kepada penganjur. Ketika itu pelbagai aksi dapat dilihat untuk menyiapkan lukisan tersebut!

Mereka akhirnya selesai mewarna dan berjaya dihantar. Auni juga berjaya menghantar lukisan tersebut walaupun tidak diwarnakan semua gambar :) Kagum juga dengan Auni yang hendak mewarna walaupun bukan selalu beliau pegang pensil warna.

Pada petang tersebut juga diadakan majlis penyampaian cederamata dan hadiah kepada pemenang. Kami tunggu untuk dapat cederamata sahaja. Harapan untuk menang itu amat nipis!


EmoticonEmoticon