24 January 2016

Buah nipah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah makan buah nipah?
Hari ini sepupu di kampung berkongsi gambar buah nipah di group Whatapps yang diambil di sungai Kampung Laut. Apabila melihat gambat tersebut terus terbayang zaman kecil dulu yang tidak asing dengan buah nipah ini.

Boleh dikatakan buah nipah ini kegemaran Sop juga kerana Sop suka sangat rasanya. Namun tidak selalu Sop dapat mencarinya kerana perlu menyeberangi sungai untuk mendapatkan buah nipah ini.

Jika dapat buah nipah yang sederhana muda seperti gambar memang sedap. Isinya lembut dan melekit. Rasanya tidak terlalu manis dan seakan rasa buah kabung dengan kelapa. Memang unik rasanya!

Selain itu, isinya yang kecil dan setiap buah hanya sedikit memang tidak puas memakannya. Jika satu tandan buah nipah tu menang boleh habiskan seorang sahaja.

Tak sabar pula rasa hendak balik kampung cari buah nipah! Huhuhu

4 comments:

  1. Yang selalu di campur dengan ABC tu buah kabung ya SOP...kalau memang PC suka minta lebih kalau makan ABC...rasanya kenyal kenyal...tapi buah nipah ni belum pernah makan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, buah kabung selalu diletak dalam abc. buah nipah biasanya makan begitu sahaja :)

      Delete
  2. wah tak pernah tahu buah nipah ni boleh makan emm..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon