Bola boling untuk Azfar dan Azwar
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Boling permainan yang diminati oleh Azfar dan Azwar. Sop sendiri pun agak berminat dengan permainan boling ini. Permainan boling ini memerlukan minat dan kemahiran untuk bermain dengan baik.
Walaupun minat, Azfar dan Azwar tidak mampu menggunakan bola boling bersaiz biasa. Hanya bola bersaiz 6 sahaja mereka mampu untuk membuat balingan biasa. Oleh kerana itu, kami telah membeli bola boling sendiri untuk Azfar dan Azwar. Ini kerana tidak semua pusat boling menyediakan bola boling saiz 6.
Kami telah mendapatkan bola boling bersaiz 6 di kedai boling Wangsa Walk. Tidak semua kedai boling menjual bola boling bersaiz 6 kerana permintaan yang rendah. Dimaklumkan oleh peniaga kedai boling, saiz 6 hanya diguna sebentar sahaja kerana kanak-kanak digalakkan upgrade saiz bola apabila meningkat usia.
Harga bola boling bersaiz kecil sama sahaja dengan harga bola boling biasa. Perbezaan harga biasanya bergantung kepada jenis bola boling iaitu polyester atau reactive. Jenama bola boling juga memainkan peranan dalam perbezaan harga.
Jika bola saiz biasa, Sop boleh cari preloaded item dari mudah.my seperti bola boling Sop. Harga jauh lebih menjimatkan berbanding beli bola boling batu :)
Saya pun minat main boling, ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menjatuhkan semua pin.
ReplyDeleteKalau beli bola sendiri lagi senang. Pasti ansk Sop cekap dalam balingannya.
Jom kunjungi entri saya:
Pengalaman Bersama ONEXOX
anak2 masih belajar
Deletebelum dapat maintain yang terbaik
skrg ni dorang mmg minat betul dengan boling :)