22 January 2016

Auni suka durian

Selamat sejahtera kepada semua rakan.




Musim durian kini mula hendak kembali. Kelihatan makin banyak gerai yang menjual durian di Jalan Taman Seri Rampai, Wangsa Maju. Oleh kerana masih bukan musim sepenuhnya, kelihatan harga masih mahal berbanding ketika musim durian sepenuhnya.

Apabila melihat durian yang semakin banyak dijual, akhirnya Auni meminta untuk dibelikan durian. Terdapat banyak jenis durian yang dijual sama ada durian kampung dan durian popular seperti D24, D101, Mousang King dan sebagainya. Sop hanya beli durian D24 yang telah dipaket dengan harga RM5 sepeket.

Balik rumah, Auni terus menjamah durian dengan sedapnya. Tidak sangka Auni meminati durian sehingga minta untuk dibelikan durian.

Apabila difikirkan balik tidak hairan kenapa Auni meminati durian. Ketika Mrs Sop mengandungkan Auni, boleh dikatakan setiap hari beli durian. Ketika itu, Mrs Sop sangat meminati durian. Sedangkan ketika lain, Mrs Sop tidaklah begitu meminati durian. Manakala Sop pula memang peminat setia durian :)

Nampaknya Sop ada geng peminat durian. Boleh layan durian dengan Auni ketika musim durian :)


EmoticonEmoticon