11 November 2015

Percutian bajet ke Pulau Pinang 2015

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pada hari minggu yang lepas, kami sekeluarga telah bercuti ke Pulau Pinang. Percutian kami ini tanpa perancangan awal. Pada pagi tersebut baru buat keputusan untuk ke Pulau Pinang sempena cuti sekolah gantian Hari Deepavali tahun ini. Pagi itu juga baru kami berkemas dan meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang!

Walaupun cuti tidak lama, namun perjalanan agak perlahan apabila terdapat beberapa kawasan di lebuhraya agak perlahan. Perjalanan bermula dari jam 11.00 pagi dari Kuala Lumpur dan kami tiba di Pulau Pinang jam 7.00 petang! Di atas Jambatan Pulau Pinang kenderaan juga banyak dan bergerak perlahan.


Untuk percutian bajet ini, kami telah menginap di Hotel Burmahtel yang terletak di George Town. Walaupun tidak membuat tempahan awal hotel tetapi kami telah membuat review beberapa hotel untuk menginap. Berdasarkan review daripada Agoda.com, Hotel Burmahtel mendapat reaksi yang baik oleh pengunjung. Walaupun luar bangunan kelihatan buruk tetapi di dalam hotel keadaan berbeza. Menang betul review tersebut kerana keadaan dalam hotel sangat baik dan bersih berbeza dengan keadaan luar bangunan! Ikuti review Hotel Burmahtel dalam entry berikutnya.

Selepas selepas urusan pendaftran hotel kami membuat persiapan urusdiri. Pada sebelah malamnya, kami keluar makan malam di Padang Kota. Jika datang ke Pulau Pinang mesti makan pasembur bukan? Pada malam minggu, pengunjung menang ramai di Padang Kota! Bukan sahaja ramai yang menjamu selera tetapi ramai juga pengujung yang beriadah di sekitar kawasan tersebut. Selerai menjamu selera, kami pulang berehat di hotel.


Pada keesokkannya, aktiviti dimulakan dengan bersarapan di warung roti canai Jalan Transfer yang cukup popular. Oleh kerana ada yang taging salah pada aplikasi Waze, beberapa kali juga terpusing mencari warung tersebut. Ini kerana terdapat pembinaan jalan di hadapan warung sehingga tidak nampak dari simpang jalan.

Roti Canai Jalan Transfer ini popular dan pengunjung memenuhi meja yang disediakan di bahu jalan. Istimewa roti canai di sini ialah kuah ayam peha dan daging! Harga bagi roti canai ayam ialah RM6.50! Menang berbaloi roti canai tersebut. Sebelah warung roti canai, terdapat roti bakar telur goyang yang juga popular di situ. Ia menggunakan arang untuk membuat roti bakar!


Selesai bersarapan, kami terus ke Bukit Bendera. Walaupun kami tiba awal pagi, kelihatan ramai yang telah beratur untuk naik ke Bukit Bendera. Kami beratur 45 minit juga untuk dapat menaiki kereta api untuk ke atas bukit.


Tiba di atas Bukit Bendera, cuaca masih dingin dan segar. Terdapat beberapa tempat menarik di atas Bukit Bendera tersebut. Pengunjung juga boleh melihat permandangan yang indah sekitar Pulau Pinang. Terdapat juga tarikan baru di situ seperti Pusat Tayangan 5D.


Selesai meronda di atas Bukit Bendera, kami singgah minum sebelum beratur untuk turun kembali. Destinasi seterusnya ialah kami ke Toy Museum. Azfar dan Azwar tidak sabar untuk melihat pusat permainan tersebut. Toy Museum merupakan pusat pameran permainan dari pelbagai jenis. Terdapat saiz besar dan kecil yang dipamerkan. Semua berada tersusun di dalam bekas plastik pameran tersebut. Azfar dan Azwar menang seronok dapat melihat pelbagai jenis permainan tersebut!

Kami seterusnya ke Batu Feringgi untuk singgah di Rock Shop malangnya tiada ruang parking kami terpaksa batalkan niat kami setelah beberapa kali pusing. Mungkin tiada rezeki untuk mendapatkan baju Hard Rock. Huhuhu Semasa perjalanan pulang ke hotel, kami singgah makan di kedai makan di tepi Pantai Batu Feringgi.


Pada petang tersebut, kami hanya berehat di hotel. Pada sebelah malam, kami keluar makan di Padang Kota lagi! Belum puas makan pasembur! Selesai makan, kami terus pulang ke hotel kerana pada malam tersebut telah hujan. Rancangan untuk meronda di sekitar pusat bandar dibatalkan!

Pada hari ketiga, kami telah daftar keluar hotel kerana akan bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Namun sebelum balik, kami akan meronda terlebih dahulu sekitar Pulau Pinang. Aktiviti dimulakan dengan bersarapan di Roti Canai Jalan Transfer lagi. Sekali cuba pasti hendak lagi! Selesai bersarapan, kami ke Pasar Chowrasta untuk mendapatkan jeruk Pak Ali.


Seterusnya kami ke Penang Street Art yang popular dengan lukisan dinding. Ia terletak di Jalan Armenian. Banyak lukisan dinding telah pudar dan ada yang telah hilang! Namun begitu, seronok berjalan di sekitar kawasan tersebut kerana keunikkan bangunan lama. Sekitar kawasan tersebut agak sukar parking! Lebih menarik jika dapat menginap di hotel sekitar kawasan tersebut dan meronda menggunakan basikal! Lukisan dinding tersebut berada di sekitar kawasan itu, dengan berbasikal lebih mudah untuk mencari lukisan-lukisan menarik tersebut! Lawat sini untuk maklumat lanjut mengenai Penang Street Art.


Selesai berjalan di sekitar Penang Street Art, kami beransur pulang. Kami menggunakan feri untuk melengkapkan percutian melawat Pualau Pinang! Perjalanan pulang lancar dan kami sampai di rumah pada jam 9.00 malam.

Selesai sudah percutian bajet kami ke Pulau Pinang. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini :)

Galeri gambar:









Foto penuh percutian Pulau Pinang di Album Facebook

3 comments:

  1. wah dah pegi penang...suki baru nak bertolak esok..short getaway

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon