18 November 2015

Amani sedang belajar merangkak

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Amani kini telah berusia 7 bulan. Dalam usia 7 bulan ini, banyak perkembangan telah dilalui oleh Amani. Perkembangan terbaru ialah telah cuba untuk merangkak dan duduk. Oleh kerana masih baru belajar, Amani masih gagal untuk gerakkan tangan untuk bergerak. Biasanya akan naik posisi merangkak kemudian turun balik apabila hendak bergerak. Kadang kala bertukar ke posisi duduk!

Dalam masa yang sama juga, Amani juga telah belajar untuk memanjat. Jika ada sesuai di hadapan seperti bantal, walker atau siapa-siapa yang baring, Amani akan panjat dan cuba berdiri. Amani telah berjaya berdiri sambil pegang tetapi akan duduk selepas itu.

Belum lagi dapat merangkak tetapi Amani telah cuba berdiri! Mungkin Amani cuba untuk mengejar rekod Kakak Auni yang boleh berjalan pada usia 9 bulan!

Selain itu, perkembangan paling penting ialah Amani membesar dengan sihat! Amani kurang demam dan meragam sepanjang tempoh 7 bulan ini. Alhamdulillah :)

Galeri gambar:




6 comments:

  1. hai Amani...alhamdulillah..lepas ni..taaa..tihhh...taaa..tih...minta kak Auni pimpin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah
      Seronok la kakak Auni kalau dapat lumba lari dgn Amani :)

      Delete
  2. syokkan tgk anak2 belajaq step by step...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat seronok
      setiap perkembangan sangat bermakna :)

      Delete


EmoticonEmoticon