30 October 2015

IKEA Cheras akan dibuka 19 November 2015

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


IKEA akan buka pusat jualan kedua di Malaysia iaitu pada 19 November 2015. Pusat jualan kedua tersebut akan dibuka di Cheras, Kuala Lumpur. Berita gembira kepada peminat barangan IKEA yang tidak perlu tertumpu di pusat jualan pertama sahaja di Damansara.

Minggu lepas ketika melalui jalan Cheras, kelihatan pusat jualan IKEA hampir siap. Kerja-kerja pemasangan papan tanda besar sedang dilakukan. Dari jauh boleh lihat jelas papan tanda IKEA tersebut.

Semoga pembukaan pusat jualan kedua ini, IKEA tidak terlalu sesak seperti sekarang. Hendak dapat tempat letak kereta pun susah kerana terlalu ramai penghujung. Belum lagi beratur panjang untuk membuat pembayaran.

Bagi penduduk di belah Cheras, pasti boleh melepak di sana tiap-tiap hari :)

Ikuti video promosi pembukaan pusat jualan IKEA Cheras berikut:



EmoticonEmoticon