22 September 2015

Sop kini berpangkat datuk

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Jangan terkejut dengan entry ini atau keliru kerana memang benar tajuk entry tersebut. Memang benar Sop berpangkat datuk tetapi bukan datuk anugerah yang diberikan tetapi datuk kerana telah mendapat cucu.

Muhammad Naqiuddin merupakan cucu pertama dari anak saudara Sop yang pertama. Beliau dilahirkan pada 13 September lepas di Hospital Sg Buluh. Sebaya dengan Amani jika ikut tahun :)

Oleh kerana Sop jenis yang low profile, pangkat datuk tersebut tidak akan digunakan pada nama Sop. Nanti rasa riak pula. Datuk Sop? Huhuhu

Tunggu cucu sendiri? Lama lagi agaknya :)

8 comments:


EmoticonEmoticon