Rasa tidak suka dengan Windows 10
Telah update Windows 10 pada komputer atau laptop anda?
Sebelum ini, Microsoft telah memberi free udapte kepada semua pengguna Windows. Sop telah membuat update pada Netbook dan terkini pada laptop pula.
Pada asalnya ada Netbook Sop dah rasa agak berat dan perlahan Windows 10 ini. Namun Sop beranggapan mungkin Netbook terlalu kecil spec untuk menggunakan Windows 10. Pernah juga install Windows 8 pada Netbook tetapi downgraded kembali kepada Windows 7 kerana agak berat juga.
Semalam Sop telah update laptop pula dengan Windows 10 yang sebelum ini menggunakan Windows 8. Setelah selesai update, rasa menyesal pula guna Windows 10 kerana laptop juga menjadi perlahan dan lembab. Semua berfungsi dengan baik tetapi sangat perlahan prestasi laptop. Hendak buka software perlahan, hendak buka web pun perlahan. Terasa sangat perbezaan dengan Windows sebelum ini.
Sop ingatkan apabila Windows 10 yang mesra tablet dibangunkan ia menjadi lebih ringan dan laju tetapi jangkaan silap. Mungkin prosessor lama tidak sesuai dengan Windows 10?
Walaupun Windows 10 kelihatan canggih dan menarik, apabila prestasi jadi perlahan secara automatik Sop tidak suka. Prestasi menjadi pilihan utama sebelum kecanggihan. Oleh sebab itu, rasa malas untuk explore Windows 10 apabila semua perlahan! Huhuhu
Nampaknya kena downgraded kepada Windows XP yang setakat ini adalah terbaik. Nak cari Windows XP pun susah juga sekarang kan? Huhuhu
EmoticonEmoticon