Amani sudah mula makan
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Apabila berumur 6 bulan, bayi telah boleh diberi makanan seperti bubur, kentang penyet dan makanan asas. Sebelum 6 bulan, kami tidak berani untuk memberi makanan kepada Amani kerana risau perut belum kuat untuk menerima makanan. Ada IbuBapa yang mula memberikan makanan seawal 4 bulan kepada bayi tetapi para doktor tidak menggalakkannya.
Makanan pertama yang Amani makan ialah Heinz perisa pear dan pisang. Untuk kali pertama, Amani dapat makan dengan jayanya. Kami hanya beri Amani 2 sudu besar sahaja untuk permulaan supaya perut tidak terkejut dengan makanan yang masuk.
Pada hari berikutnya kami tambah lagi kuantiti makanan tersebut. Amani tiada masalah untuk makan dan perut dapat terima dengan baik juga. Buat masa ini, kami beri Amani sekali sehari sahaja makan. Yang lain, Amani masih kekal dengan susu ibu.
Selepas ini, bolehlah kami buat bubur nasi pada hari minggu nanti. Buat masa ini, Amani makan dulu makanan yang Papa beli ini yer :)
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon