12 August 2015

Sambutan Aidilfitri, Sempena Minggu Perpaduan Dan Semarak Jalur Gemilang 2015

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Sambutan Aidilfitri, Sempena Minggu Perpaduan Dan Semarak Jalur Gemilang 2015 Peringkat Setapak Jaya telah diadakan pada 11 Ogos 2015 di Dewan Orang Ramai Setapak Jaya 1B. Sambutan ini telah dianjurkan oleh KRT dan Persatuan Penduduk Setapak Jaya 1B.


Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam ini telah dihadiri oleh penduduk sekitar Pangsapuri Setapak Jaya 1B dari pelbagai bangsa dan agama. Tetamu jemputan istimewa sambutan ini terdiri daripada Y.B. Dato’ Ahmad Fauzi bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Utama Zulhasnan  Rafique, Mantan Ahli Parlimen Setiawangsa dan isteri, Pegawai Perpaduan Daerah Sentul dan tetamu-tetamu lain.


Pelbagai menu yang disediakan yang terdiri daripada satey, longtong, bihun sup, mee goreng, lemang, buah-buahan, kuih muih dan sebagainya.

Kemeriahan dapat dirasai apabila ramai penduduk yang hadir ke sambutan ini yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama, tua dan muda. Penduduk saling beramah mesra antara satu sama lain menjadikan sambutan ini tercapai objektifnya iaitu beraya dan memupuk perpaduan.

Galeri gambar:









Lagi gambar di Album Facebook


EmoticonEmoticon