Majlis Jalinan Mesra Bersama MYNIC
Selamat sejahtera kepada semua rakan,
Juru acara majlis memang sempoi |
Ucapan oleh CEO MYNIC Berhad |
Domain sop.name.my telah terpilih myFidele Surprise dan layak menerima cabutan bertuah dalam majlis Jalinan Mesra Bersama MYNIC bersama 19 domain lain yang terpilih. Semua hadiah yang disediakan adalah lumayan iaitu bermula dengan baucer Jusco bernilai RM100 sehingga TV Pintar 55".
Juru acara dan artis jemputan bagi majlis tersebut merupakan artis raja lawak yang tidak asing lagi. Tidak kering gusi kami dengan telatah dan persembahan mereka. Selain itu, diadakan juga pertandingan karaoke, pakaian paling menarik serta hashtag instgram terbaik dan menerima hadiah hamper dalam majlis tersebut.
Alhamdulillah, dalam cabutan bertuah tersebut, Sop telah memenangi hadiah iPad. Hadiah cabutan bertuah paling besar dalam hidup Sop. Sebelum ini, jika cabutan bertuah memang susah untuk bertuah. Oleh kerana semua yang dijemput akan menerima semua hadiah, jadi semua adalah bertuah cuma beza hadiah yang akan dimenangi.
Terima kasih kepada MYNIC Berhad yang telah memilih sop.name.my memenangi myFidele.
Galeri gambar:
Alhamdulillah rezeki..tahniah...
ReplyDeleteterima kasih @perdu cinta :)
Delete