Jalan-jalan ke Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15)
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pada 7 hingga 16 Ogos 2015, telah berlangsung Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15) di Taman Botani Perdana. Kami sekeluarga berkesempatan ke KLOBS15 pada hari terakhir.
Latar belakangProgram Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2015 (KLOBS15) merupakan kesinambungan dari Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 yang telah diadakan pertama kali di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada Mac 2012 dan Program Kuala Lumpur Orchid and Bonsai Show 2014 (KLOBS14) yang diadakan di lokasi sama pada 2014 .
Menariknya program ini menjadikan bunga orkid dan bonsai sebagai tema bagi pameran yang akan diadakan di samping tarikan-tarikan pengisian program dan aktiviti lain bagi tujuan ini.
Parking ke KLOBS15 tersebut sangat mudah kerana telah terdapat parking bertingkat telah siap. Oleh kerana masih baru, bayaran parking belum dikenakan. Agak selesa untuk ke situ apabila terdapat banyak parking disediakan.
Wefie |
Kami tiba pada jam 12.00 tengah hari dan cuaca agak panas. Oleh kerana teruja dengan kecantikan bonsai dan orkid, kami terlupa tentang panas. Sepanjang perjalanan, kelihatan ramai yang berpeluh basah termasuk kami :)
Sejukkan badan dengan berada di pancutan air |
Selesai melihat pameran orkib dan bonsai, kami seterusnya melawat taman kancil dan rusa yang berada sebelah dengan tapak pameran KLOBS15 tersebut. Ini merupakan kali pertama Sop singgah dan tidak pernah tahu tentang kewujudan taman tersebut. Terdapat beberepa ekor kancil dan rusa di taman tersebut. Walaupun kancil dan rusa tidak banyak, Sop suka lanskap yang dibina di taman tersebut.
Selesai berjalan melawat KLOBS15, kami berangkat pulang. Walaupun kepenatan, kami tetap seronok melihat keindahan flora tersebut. Sekiranya ada lagi program akan datang, kami perlu memilih waktu yang sesuai sama ada waktu awal pagi atau lewat petang untuk mengelak cuaca panas :)
Untuk maklumat lanjut mengenai KLOBS15 ini, sila layari https://www.klorchidbonsaishow.com/
Galeri gambar:
Lagi gambar di Album Facebook
lama tak ke sini :)
ReplyDeletelama x ke sini? blog ke KLOBS? hahaha
Delete2 in 1 ni..riadah bersama keluarga sambil tambah ilmu pada anak anak..
ReplyDeletebetul tu @perdu cinta
Deletemmg sesuai dgt aktiviti tersbut :)
Assalammualaikum....sop,
ReplyDeletecantik2 bonsai dan orkid2 kat sini... mselim3 suka orkid...
mselim3
peminat orkid harus datang
Deletejualan bunga orkid juga menarik :)
terima kasih MSELIM3
Ada nampak.banner program.hari tu. Mcm menarik je
ReplyDeleteooo
Deleterugi x pergi, kalau tak boleh beli bunga orkid atau bonsai.. hahaha
Ada nampak.banner program.hari tu. Mcm menarik je
ReplyDeleteooo
Deleterugi x pergi, kalau tak boleh beli bunga orkid atau bonsai.. hahaha
Bestnya dapat pulak beriadah dengan family... penat tu mmg belakang kiralah kan?!
ReplyDeleteBetul tu @nora
Delete