29 August 2015

Auni muntah-muntah dan cirit birit



Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Semalam, Auni telah mengalami cirit dan muntah-muntah yang berterusan. Bermula dengan muntah pada awal pagi dan seterusnya cirit yang berterusan.

Auni kemudian dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor telah berikan ubat muntah dan angin untuk dimakan. Oleh kerana muntah yang berterusan, setiap kali makan dan minum pasti akan muntah kembali. Ia seperti tiada apa yang boleh dimasukkan ke dalam perut.

Doktor minta kami pastikan Auni sentiasa minum untuk mengelak kekurangan air dalam badan. Sehingga malam tadi, Auni masih muntah-muntah dan cirit tetapi semakin berkurangan. Auni juga hendak minum kerana telah kelaparan.

Oleh kerana tidak dapat makan, Auni agak lemah dan tidak bermaya. Auni banyak tidur dan baring sahaja.

Doktor memaklumkan Auni akan berterusan muntah dan cirit selama 24 jam sebelum kembali pulih. Sekurang masih berterusan melebihi 24 jam, kami akan bawa Auni ke hospital untuk rawatan lanjut. Risau juga kami dengan keadaan Auni.

Untuk makluman, telah beberapa kali juga Auni kena masalah ini. Tidak dapat pastikan kenapa Auni kena masalah keracunan makanan kerana makanan yang Auni makan sama dengan abang-abangnya makan. Auni mungkin alergi dengan makanan tertentu. Jika tahu punca, boleh kami elek dari memberikan makanan tersebut.

Oleh kerana kesan muntah dan cirit, Auni juga mula sedikit demam.

Ada petua mengatasi masalah muntah dan cirit?
Sop tahu biasanya perlu bagi minum air kelapa. Ada petua lain?

Doakan semoga Auni cepat sembuh ye. Amin

2 comments:

  1. Subhanallah kesian auni..yang PC tahu dan selalu buat pun minum air kelapa letak garam sedikit buat syarat..baca selawat..atau makan pucuk jambu batu yang muda..tak pahit..moga auni cepat sihat ye sayang..

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon