31 August 2015

Auni kena rotavirus

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Perkembangan terkini Auni ketika ini ialah berada di wad Glenengles Ampang. Doktor telah datang melawat Auni petang tadi dan punca muntah dan cirit telah dikenal pasti iaitu jangkitan rotavirus. Doktor memaklumkan bahawa rotavirus ini datang melalui air. Tiada antibodi atau ubat untuk merawat rotavirus ini ketika ini. Pesakit perlu diberi air sahaja sehingga rotavirus semua hilang.

Berdasarkan artikel Utusan Malaysia, rotavirus ini juga berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak. Rujuk artikel di sini.
"Rotavirus menjangkiti dan merosakkan sel-sel usus kecil yang mengakibatkan gastroenteritis. Ia adalah penyebab utama cirit-birit dehidrasi yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak,"Sejak Auni kena rotavirus pada Jumaat lepas, badannya terus susut kerana kerab muntah dan cirit. Boleh dikatakan setiap kali minum pasti muntah dan kemudian cirit. Tahap urin juga tinggi kerana kekurangan air dalam badan.Sekiranya dibiarkan amat memudaratkan kesihatan anak kerana kekeringan air dalam badan sesuatu yang amat serius.

Hari ini hari kedua Auni berada di wad dan perkembangan semakin baik. Walaupun Auni tidak mahu makan atau minum tetapi kami tidak perlu risau kerana air sentiasa dimasukkan. Auni minum pun hanya sekadar hendak basahkan tekak sahaja selepas makan ubat.

Keputusan ujian darah juga menunjukkan lebih baik berbanding semalam yang mana urea telah tahap normal. Cuma hari ini Auni banyak tidur bagaikan hendak ganti kembali tidur beberapa hari lepas.

Malam ini Sop akan menemani Auni tidur di sini lagi.

Semoga cepat sembuh yer Auni.

6 comments:

  1. Bila dah tahu apa penyebabnya lega..tinggak pantau sebaiknya..moga Allah sembuhkan auni seperti sediakala..amin...kesian auni..sabar ye..

    ReplyDelete
  2. rota memang seram.. insya Allah auni cepat sembuh

    Aishah

    ReplyDelete
  3. Kesian kan bila anak2 kecil macam ni jatuh sakit...kita mak ayah jadi tsk keruan...bimbang sangat...

    Apa pun kini Auni dah sehat...dah keluar hospital pun...harap tak berulang lagi...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Bunda
      Mmg susah hati ibubapa anak2 sakit
      Alhamdulillah, Auni dah sihat :)

      Delete


EmoticonEmoticon